Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RAJA ADU BAKAT

'Menunggu' wabak berlalu

Wan Mohd Fuad muncul dengan 'single' ketiga, nanti peluang kembali nyanyi, teruskan tugas pramugara
Dec 23, 2020 | 05:30 AM



PENANTIAN itu menguji kesabaran dan mungkin satu penyeksaan.



Manusia sering dalam proses menanti dan menunggu sesuatu yang kadangkala tidak kunjung tiba.



Inilah sekilas kisah yang cuba dibentangkan dalam lagu terkini bakat Singapura, Wan Mohd Fuad, 32 tahun, yang boleh disifatkan sebagai 'Raja Adu Bakat'.



Beliau rajin menyertai pertandingan nyanyian di sini mahupun mencuba nasib di seberang Tambak, menyertai uji bakat peraduan realiti Astro bertemakan rok, Rockanova.



Menunggu kini merupakan 'single' ketiganya selepas Hapus dan Syarifah Syaqiyya.



Qai Rahman, pencipta lagu Hapus, kembali menghasilkan melodi dan lirik Menunggu buat Wan yang bertugas sebagai pramugara syarikat penerbangan Jetstar Asia.



Ikuti wawancara bersama Wan yang menyingkap perjalanan seninya dan jerih payah mengembangkan bakat dan kemahirannya.



Soalan (S): Ceritakan tentang 'Menunggu'. Apakah yang ingin disampaikan?



Wan (W): Qai menawarkan saya merakam lagu ini. Ia menceritakan tentang diri saya yang mengecewakan seseorang dan mengharapkan keampunan.



Namun, saya bagaikan bertepuk sebelah tangan dan terus menunggu keampunan.



Lagu ini berkonsepkan genre rok moden perlahan.



S: Apakah cabaran menghasilkan 'single' ini?



W: Secara peribadi, sewaktu saya menghasilkan rakaman, nada lagu ini agak sukar dinyanyikan hingga saya harus membuat rakaman buat kali kedua.



Qai mendapati saya kurang cukup menghayati, sesuatu yang saya akui.



Saya perlukan waktu lagi bagi mendapatkan feel lagu ini. Alhamdulillah, setelah merakamnya buat kali kedua, penerbit berpuas hati dengan hasilnya.



S: Apakah perbezaan 'Menunggu' dengan dua 'single' sebelum ini?



W: Perbezaan lagu ini dengan 'single' pertama Hapus tidak jauh kerana ia masih berkonsep rok.



'Single' kedua Syarifah Syaqiyya pula mempunyai tempo lagu berbeza. Ia agak rancak dan berkonsep pop rok.



Dalam menghasilkan Menunggu, saya harus betul-betul meneliti nada melodi yang dihasilkan.



Penjiwaan perlu ada bagi lagu rok perlahan. Moga pendengar dapat merasakan mood dan luahan rasa saya dalam lagu ini.



S: Nyatakan tiga perkara yang ditunggu-tunggu Wan bagi 2021 yang bakal menjelang.



W: Pertama sekali, saya mengharapkan pandemik Covid-19 ini akan berlalu pergi dan kawalan ketat yang dikuatkuasakan kini dapat dilonggarkan.



Wabak ini memang membimbangkan dari segi kesihatan, pekerjaan dan aspek kehidupan lain.



Kedua, saya menanti-nanti acara pesta muzik atau persembahan gig hiburan kembali seperti dahulu. Saya tunggu peluang naik pentas dan membuat persembahan. Rindu sangat menyanyi di khalayak ramai.



Ketiga, saya berharap kita dapat bebas melancong ke luar negara. Saya idamkan sangat peluang beristirehat bersama keluarga dan sahabat tercinta. Lama benar tak bercuti.



S: Apakah tempoh paling mencabar dalam kerjaya seni Wan? Bagaimana mengatasinya?



W: Saya masih ingat lagi detik menyertai peraduan nyanyian anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), U Fame Idol, pada 2016.



Di pentas akhir, saya harus menyanyikan lagu kumpulan Fotograf, Di Alam Fana Cinta. Ia sangat mencabar kerana suara saya tidak sihat. Suara 'pecah' dan tak stabil.



Saya cuba mengatasinya dengan menjaga makan dan minum serta mengambil ubat agar dapat meredakan sakit dan menyanyi dengan baik.



Ia tempoh paling sukar sebab saya sangat berjaga-jaga dalam melontarkan suara.



S: Apakah perancangan Wan bagi 2021?



W: Saya harap dapat aktif kembali berkhidmat sebagai pramugara Jetstar Asia.



Impian saya adalah mendapat tempat bertanding dalam peraduan realiti Suria, SG Mania.



Saya juga ingin menyambut 2021 dengan minda positif. Saya harus terus bersyukur dengan kurniaan Tuhan.



S: Dalam tempoh Covid-19, Wan menghasilkan rancangan dalam talian, 'Akustik Jam Bersama Wan Mohd Fuad'. Jelaskan pengalamannya.



W: Akustik Jam Bersama Wan Mohd Fuad tercetus pada musim Covid-19. Saya mahu terus aktif dalam bidang muzik dan nyanyian yang diminati.



Saya pun tidak mahu sepi di ruang media sosial saya.



Episod pertama pada 28 Oktober lalu menampilkan pemain bes kumpulan Klutz, Pirah.



Tujuan saya adalah menyokong lagu-lagu dan bakat tanah air kita di Singapura menerusi laman Facebook, Instagram dan YouTube saya.



Sambil saya menyanyi di media sosial, saya juga ketengahkan band Singapura dalam satu segmen rancangan ini. Lagu mereka akan saya dendangkan.



Selain menyanyikan lagu Bianglala yang dipopularkan Klutz, saya turut mengetengahkan lagu Life Petal, Ikrar Cinta dan lagu Diorama, Sanubariku.



S: Apa pandangan Wan tentang bakat Singapura kini? Apakah mereka kurang dinilai atau diiktiraf sewajarnya?



W: Saya yakin di Singapura, ramai yang berbakat menyanyi atau mencipta lagu.



Mereka cukup dikenali dalam rangkaian masyarakat seni kita. Nama-nama seperti Addy Cradle, Taufik Batisah, Hady Mirza, Yazri Malik dan Malon adalah yang menampilkan mutu dalam seni masing-masing.



Kita juga ada band legenda malar segar yang diiktiraf sampai ke seberang Tambak seperti Sweet Charity, Black Dog Bone dan Lovehunters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >