Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian bagi niaga halal, rakan sokongan kerjasama

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



WAREES Halal melancarkan satu inisiatif baru November lalu dalam usahanya mengumpulkan masyarakat halal untuk mewujudkan peluang pertumbuhan dan perniagaan.



Dipanggil Rangkaian Halal Warees, platform kolaboratif itu memanfaatkan rangkaian halal sejagat dan peluang yang disediakan setiap pemain industri.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warees Halal Limited, Cik Dewi Hartaty Suratty, berkata rangkaian itu akan menyediakan sokongan lebih menyeluruh kepada perniagaan, dengan ia ibarat pusat sehenti untuk mendapatkan maklumat dan bantuan tentang industri halal.



"Salah satu objektif Rangkaian Halal Warees ialah membangunkan sebuah masyarakat amalan yang membolehkan pemain industri, baik tempatan mahupun luar negara, berhubung dengan satu sama lain, menyumbang idea dan pengalaman, dan bekerjasama ke arah objektif sama, termasuk perdagangan produk halal," jelasnya.



"Ia bukan mengenai perkongsian idea sahaja, bahkan menggalak peluang perniagaan. Contohnya, jika saya tahu anda membekalkan bahan mentah yang saya perlukan, bagaimanakah boleh saya belajar daripada itu?



"Tentu sekali ada direktori dalam talian dan sebagainya, tetapi tidak akan ada yang dapat mengatasi pengalaman bertemu seseorang secara bersemuka dan mempelajari apakah ia sesuai dengan sistem dan jenis makanan anda dan sebagainya," tambah Cik Dewi.



Rangkaian Halal Warees merupakan skim keanggotaan berdasarkan langganan bagi tiga pihak - syarikat penyedia produk dan perkhidmatan halal, syarikat yang memperoleh produk yang disahkan halal, dan rakan sokongan.



Anggota rangkaian bukan dapat menjalin hubungan dengan satu sama lain sahaja, malah disediakan manfaat seperti akses kepada perpustakaan sumber halal dan pelbagai kandungan, seperti video dan artikel.



Rakan Warees Halal, misalnya institusi kewangan seperti CIMB dan Maybank, boleh menyediakan sokongan kepada syarikat yang ingin menebarkan sayap ke luar negara atau mahu membangunkan sistem halal.



Semua syarikat yang diperakui oleh Warees Halal akan menerima keanggotaan percuma sebagai sebahagian usaha membantu perniagaan semasa pandemik Covid-19, kata Cik Dewi.



"Apabila anda mahu memasuki pasaran halal dan ingin berjaya, mendapatkan pensijilan halal bukan satu-satunya perkara yang perlu difikirkan kerana pada dasarnya, anda menjalankan sebuah perniagaan.



"Mereka yang menyertai Rangkaian Halal Warees akan menerima manfaat istimewa yang ditawarkan perkhidmatan dan rakan kami," kata beliau.




SIJIL HALAL BUKAN SATU-SATUNYA PERKARA UNTUK JAYA



"Apabila anda mahu memasuki pasaran halal dan ingin berjaya, mendapatkan pensijilan halal bukan satu-satunya perkara yang perlu difikirkan kerana pada dasarnya, anda menjalankan sebuah perniagaan. Mereka yang menyertai Rangkaian Halal Warees akan menerima manfaat istimewa yang ditawarkan perkhidmatan dan rakan kami."
- Cik Dewi Hartaty Suratty, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warees Halal Limited.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >