Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Rasa puas dapat tolong golongan memerlukan

Nenek tujuh cucu terima Anugerah Jasa Bakti Muis baru-baru ini atas sumbangan kepada masjid, sekolah, akar umbi dan masyarakat
Nov 12, 2021 | 05:30 AM



MENYUMBANGKAN tenaga kepada masjid, sekolah dan akar umbi setempat sudah menjadi darah dagingnya.



Malah, menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan inilah yang membuatkan diri Cik Faridah Mansoor begitu teruja dan ingin terus membantu dan mendekati masyarakat Islam setempat, terutamanya bagi jemaah di Masjid Alkaff Kampung Melayu.



Ibu lima anak ini telah menjadi relawan masjid selama 25 tahun dan hingga ke hari ini, masih lagi meluangkan banyak waktunya di sana, dari zuhur hinggalah masjid ditutup, selepas isyak. Di waktu pandemik ini, Cik Faridah membantu melaksanakan pendaftaran kemasukan selamat atau safe-entry para jemaah ke masjid tersebut



Atas kerja keras dan sumbangannya kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu dan masyarakat Islam setempat, Cik Faridah, 61 tahun, telah menerima Anugerah Jasa Bakti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) baru-baru ini.



Beliau, yang juga menyandang jawatan sebagai naib bendahari bagi masjid itu, turut terlibat dan memikirkan cara bagi mengumpul dana untuk kerja menaik taraf masjid tersebut yang bakal dilakukan tidak lama lagi.



"Menjadi relawan Masjid Alkaff Kampung Melayu lebih dua dekad lamanya, dan menerima Anugerah Jasa Bakti ini telah menguatkan lagi semangat saya untuk terus berbakti dan menggarap tugasan ini dengan lebih baik lagi.



"Saya juga berharap dengan pengiktirafan ini, ia akan menjadi motivasi kepada generasi muda kita untuk terus menghulurkan sumbangan mereka kepada masyarakat setempat. Kerja-kerja sukarelawan ini mestilah dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ia bermula dari hati kita sendiri," kata nenek kepada tujuh orang cucu ini.



Cik Faridah turut berkata, antara dorongan untuk beliau terus berkhidmat kepada masjid adalah kepuasan apabila mampu menolong mereka yang memerlukan dan mendengar keluhan yang mereka hadapi.



"Kadangkala kita didatangi oleh ibu-ibu yang memerlukan kita mendengar keluhan dan masalah mereka, dan jika perlu, saya akan merujukkan kes mereka kepada mereka yang pakar.



"Dari situ, kita dapat belajar dan saya sendiri berasa puas hati dan gembira setiap kali dapat membantu mereka dan tak pernah berasa penat untuk melakukannya," jelas Cik Faridah, yang telah kehilangan suaminya pada tahun lalu akibat serangan jantung.



Harapan Cik Faridah adalah untuk melihat lebih ramai lagi sukarelawan muda yang akan tampil menyumbangkan tenaga mereka demi untuk kemaslahatan bersama.



"Saya berharap kita semua boleh memakmurkan masjid kita, dan mengharapkan lebih ramai lagi generasi muda atau warga pelapis ini untuk menyertai dan berkhidmat kepada masjid di sini," katanya lagi.



Selain menyumbangkan keringat dan masanya di masjid, Cik Faridah juga turut aktif membantu di sekolah lama anak bongsu beliau, Sekolah Menengah St Anthony's Canossian, serta menyertai pelbagai jawatankuasa di Kelab Masyarakat Eunos.



Sehubungan dengan kerja-kerja peningkatan yang bakal dilakukan oleh Masjid Alkaff Kampung Melayu, pihak masjid berharap dapat meningkatkan dan menyediakan kemudahan-kemudahan dan prasarana yang sesuai, sejajar dengan keperluan terkini bagi pembelajaran Islam dan pembangunan sosial. Ini juga harus meraikan keperluan-keperluan norma baru pasca-Covid-19 ini.




"Menjadi relawan Masjid Alkaff Kampung Melayu lebih dua dekad lamanya, dan menerima Anugerah Jasa Bakti ini telah menguatkan lagi semangat saya untuk terus berbakti dan menggarap tugasan ini dengan lebih baik lagi. Saya juga berharap dengan pengiktirafan ini, ia akan menjadi motivasi kepada generasi muda kita untuk terus menghulurkan sumbangan mereka kepada masyarakat setempat. Kerja-kerja sukarelawan ini mestilah dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ia bermula dari hati kita sendiri.''
- Cik Faridah Mansoor, penerima Anugerah Jasa Bakti Muis.




CARA MENYUMBANG



Berikut cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu.



  • Pemindahan bank OCBC: 581-608668-001

  • Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Add reference no." atau "Bill Reference No." dan e-mel screenshot transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg

  • Cek kepada: LPM ALKAFF KG MELAYU

Sila nyatakan "Dana Peningkatan", nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek tersebut dan kirimkan kepada:



Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.



  • Paynow UEN: S94MQ0017D atau Imbas Kod QR di bawah

  • Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Bill Reference No."

  • Langsung ke Pejabat Masjid dari hari Sabtu hingga Khamis, 2 petang hingga 6 petang.

  • Sila hubungi kami di talian 6242-7244 untuk keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >