Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rasa sayang S'pura Rahimah kongsi kegembiraan

Biduanita legenda sentiasa teruja jayakan Konsert Hari Kebangsaan, NDP, Hari Singapura
Aug 10, 2021 | 05:30 AM



SETIAP kali mendengar lagu patriotik Home, dendangan asal Kit Chan, biduanita legenda Singapura, Rahimah Rahim, boleh menitiskan air mata.



Apa lagi ketika perlu menyanyikan lagu ini tatkala berada di rantauan bagi menghiburkan warga Singapura yang bermastautin atau bekerja di negara asing sempena Hari Singapura, lebih sebak rasanya.



Jiwa patriotik dan cinta pada tanah tumpah darahnya, Singapura, begitu menebal menyelubungi sanubari Rahimah, 65 tahun.



Besar hatinya diundang menjayakan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tiga kali, bermula pada 2013.



Tahun ini, meskipun sambutan Hari Kebangsaan hanya mampu dijayakan menerusi satu Konsert Hari Kebangsaan 2021 Gardens by the Bay dan Mediacorp, yang disiarkan semalam di Channel 5, meWATCH dan Mediacorp Entertainment YouTube, Rahimah tetap rasa berbesar hati.



Konsert yang turut menampilkan Presiden Halimah Yacob dan suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, diserikan dengan persembahan bakat setempat di Supertree Grove, Flower Dome, Cloud Forest, Floral Fantasy dan beberapa taman permai.



Ketika dihubungi melalui Zoom, Rahimah yang menyanyikan lagu ciptaan Johari Salleh, Gadis dan Bunga serta Pesanan Buat Gadis, di konsert itu, berkata:



"Saya sebenarnya bersyukur masih dapat menjalankan amanah saya sebagai penghibur khususnya bagi acara seperti NDP dan Konsert Hari Kebangsaan.



"Kali pertama terlibat dalam NDP, saya tak terasa seperti saya selebriti apabila berdiri di Pentas Terapung Marina Bay. Saya macam orang lain juga, rakyat biasa yang suka meraikan ulang tahun kemerdekaan negara dengan bangga.



"Dikelilingi peserta dan penonton daripada pelbagai lapisan usia khususnya anak muda dalam meraikan ulang tahun negara, saya cukup seronok.



"Semangat sayangnya pada Singapura begitu terasa."



Menurutnya, sebelum ini pada zaman kegemilangannya sekitar 1970-an dan 1980-an, memang beliau tidak pernah berkesempatan menjayakan NDP kerana sibuk mengembara dek amanah seni.



Beliau pernah terlibat dalam program Lembaga Pelancongan Singapura (STB) ke Eropah atau menjadi wakil ke sambutan Hari Singapura di Australia, Shanghai dan London.



Hari Singapura yang dianjurkan oleh Unit Warga Singapura Di Luar Negara di bawah Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), diadakan bergilir-gilir di Britain, Amerika, Australia dan China bagi menyatukan warga Singapura di rantauan sambil mewujudkan unsur kesingapuraan dalam bentuk sajian makanan dan hiburan.



Mengenai konsert tahun ini, Rahimah menjelaskan pihak penganjur memilih lagu Gadis dan Bunga yang dikenali ramai tetapi beliau bertekad menggabungkannya dengan satu lagi karya Johari yang jarang dipersembahkan, Pesanan Buat Gadis.



"Saya sebenarnya hargai pengiktirafan orang ramai terhadap lagu Gadis Dan Bunga. Cuma sebagai penyanyi, kerana sudah berulang kali mendendangkannya, justeru, saya dambakan kelainan.



"Maka, saya menganggap lagu Pesanan Buat Gadis pun wajar diketengahkan sebab saya sukakan lagu ini dek nilai-nilai yang disisipkan di dalamnya agar si gadis pandai menjaga diri," kongsinya.



Mengenai pengalaman menjayakan konsert tahun ini, Rahimah berkata beliau seronok melihat keindahan alam dan kehijauannya apabila dibawa ke beberapa taman permai sekitar Gardens by The Bay.



"Kerana faktor usia, agak penat tetapi pada akhirnya, saya bersyukur diberi kesempatan ini.



"Menjayakan acara seni dengan peraturan jarak selamat perlu diperhatikan tidak semudah mana. Namun, bekerja dengan penerbit dan pengarah muda merupakan satu lagi pengalaman baru," jelasnya.



Rahimah yang suatu ketika pernah menyanyikan lagu Kempen Budi Bahasa juga terlibat dalam perbincangan perlukah diwujudkan lagu 'dendang rakyat' baru sebagai kupasan rancangan ehwal semasa Detik di Mediacorp Suria, esok.



"Nostalgia menjadikan lagu 'dendang rakyat' hidup hingga hari ini, Saya amat menghargai karya dengan jiwa Singapura yang disajikan anak seni tersohor Dick Lee Lihat lagu Home ciptaannya. Beliau tahu perkataan apa untuk digunakan dan irama yang menyentuh hati orang Singapura.



"Walau bukan lagu Hari Kebangsaan, lagu berbaur kesingapuraan dijana Datuk Ramli Sarip, kumpulan Nuradee, Datuk M. Nasir dan Art Fazil. Daripada lagu-lagu ini, kita menyedari akan kesantunan lirik, kehalusan bahasa dan nilai budi yang menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.



"Bahasa Melayu kita kaya. Saya teringat bertemu dengan warga emas Cina sekitar Kreta Ayer. Mereka boleh berbahasa Melayu dengan fasih. Kita pun boleh faham bahasa dialek mereka.



"Alangkah baiknya kalau budaya pertuturan sebegini mampu kita teruskan dalam masyarakat majmuk. Perlu banyak lagu kebangasaan dalam empat bahasa - Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris.



"Sebagai anak Melayu, kita harus bangga dengan keindahannya. Kalau kita kaji cara orang dulu berbual, ia penuh budi bahasa. Janganlah kita sebarkan slanga seperti 'apa siak' yang tidak manis digunakan sehinggakan orang bukan Melayu pun menyangka boleh sahaja gunakan dalam pertuturan harian mereka tanpa memhami maknanya," kongsi Rahimah.



  • Konsert Hari Kebangsaan 2021 Gardens by the Bay dan Mediacorp boleh ditonton di aplikasi meWATCH dan Mediacorp Entertainment YouTube hingga 13 September ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >