Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rawatan kiropraktik semakin diterima ramai

Oct 16, 2021 | 05:30 AM



RAWATAN kiropraktik sudah semakin popular dalam kalangan masyarakat yang mengalami masalah tulang, otot dan sistem saraf.



Rata-rata ramai individu sudah mencuba kaedah ini bagi merawat kesakitan yang dialami.



Berbeza daripada perubatan konvensional lain, kiropraktik lebih kepada sistem perubatan alternatif yang semakin digemari kerana ia juga dilihat berkesan dan meyakinkan.



Amalan penyembuhan ini dikhususkan kepada pesakit yang mempunyai gangguan sistem saraf sehingga menjejaskan pergerakan harian.



Kebanyakan pesakit akan mengadu mengalami sakit belakang, cakera teranjak, sakit kepala, sakit leher dan lain-lainnya.



Dalam rencana terbitan majalah Time, berjudul "Are Chiropractors Legitimate?", pakar sains kesihatan Universiti Pittsburgh, Profesor. Michael Schneider, dipetik sebagai berkata bahawa rawatan kiropraktik merupakan amalan perubatan yang holistik, malah menyembuhkan bukan sahaja bahagian yang sakit, sebaliknya seluruh tubuh badan.



Seperti dilaporkan dalam jurnal tersebut, berdasarkan kajian terkini, didapati rawatan tulang belakang (melalui kaedah kiropraktik) boleh mengurangkan kesakitan pada bahagian bawah tubuh badan pesakit.



Secara umumnya, masalah pesakit yang memerlukan rawatan kiropraktik adalah berpunca daripada ketegangan berlebihan atau kecederaan akibat melakukan kegiatan fizikal yang berat.



Apabila berlaku ketegangan otot dan ketidakseimbangan urutan tulang, ia boleh menyebabkan masalah sendi, keradangan atau gangguan sistem saraf sehingga mengganggu fungsi tubuh.



Kenyataan itu disokong oleh kajian 2017 dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika berjudul "Association of Spinal Manipulative Therapy With Clinical Benefit and Harm for Acute Low Back Pain."



Sehubungan itu, mereka memerlukan rawatan bagi mengurangkan kesakitan pada bahagian tertentu, khususnya berkaitan tulang belakang.



Dengan teknik rawatan kiropraktik, pakar rawatan ini berupaya membetulkan bahagian tulang yang tergelincir daripada kedudukan asal.



Walaupun ramai yang waswas untuk mencuba rawatan ini kerana 'bunyi' rawatan yang dihasilkan daripada pergerakan tulang agak menakutkan mereka, tetapi anda tidak perlu ragu dengan pakar kiropraktik kerana mereka merupakan individu yang terlatih yang boleh dipercayai.



Semasa rawatan awal, pakar kiropraktik akan menganalisis jenis kesakitan yang dialami pesakit dengan menilai sejarah kesihatan mereka.



Jika sesuai menerima rawatan tersebut, maka mereka akan melakukan pelarasan yang diperlukan oleh tubuh pesakit.



Mengenai kesan sampingan pula, ia bergantung pada penerimaan badan individu itu sendiri, sama ada mereka mungkin mendapat kesannya ataupun tidak.



Bagaimanapun, risiko kesan serius daripada amalan kiropraktik sangat rendah.



Individu mungkin hanya mengalami ketidakselesaan sementara pada bahagian yang dirawat.



Namun, kesan ini akan hilang dalam masa satu hingga dua hari sahaja.



Apa yang lebih penting, kiropraktik dilihat mampu menghilangkan kesakitan yang lebih berat dan mereka yang menderita sakit belakang, migrain dan sebagainya.



Justeru, rawatan kiropraktik adalah salah satu teknik yang boleh dipertimbang bagi memastikan kesihatan tubuh kekal optimum dan terjamin. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >