Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Raya norma baru 'Cahaya Aidilfitri' buat Ryan sekeluarga

May 18, 2021 | 05:30 AM



APABILA menyanyikan lagu Black Dog Bone yang menyentuh rasa, Cahaya Aidilfitri, penyanyi Ryan Sufiyan membayangkan hikmah yang dicari dalam menyambut Lebaran penuh batasan dalam suasana pandemik Covid19 ini.



Namun, beliau akur tahun lalu dan tahun ini membawa kenangan manis kerana berpeluang meraikannya dengan tumpuan 100 peratus buat keluarga tercinta.



''Memang kerja seni terbatas tidak seperti selalu dan hanya terhad pada acara-acara maya, tetapi saya seronok meluangkan masa berpuasa dan beraya dengan isteri dan anak-anak.



''Sewaktu bulan Ramadan, fokus hanya pada keluarga. Kadangkala tak tahu apa kegiatan nak buat sampaikan saya buat perkara yang pelik-pelik untuk kejutkan dan hiburkan anak-anak.



''Misalnya, orang kenal Ryan sebagai yang selesa berjambang. Kalau tak ada janggut macam tak kena gaya.



''Tahu-tahu saya cukur jambang sampaikan anak yang kecil macam hairan dan tidak mahu didukung sebab dia nampak muka saya lain... ini ayah dia ataupun bukan?'' cerita Ryan, 40 tahun.



Ryan yang dikenali melalui lagu Gelap Malam dan Anomali (dinyanyikan bersama isteri yang menggunakan nama pentas Yoda) menambah dalam tempoh pandemik inilah, beliau perkukuh ukhuwah bersama keluarga.



Seronok melakukan aktiviti keluarga bersama isteri, Siti Raudhah Osman dan anak-anak Naufal Haziq, 14 tahun, Nusayr Hazim, sembilan tahun, Nuha Hessa, tiga tahun dan Na'el Hafiy, enam bulan.



Pada masa yang sama, krisis kesihatan Covid-19 juga memberi Ryan dan isteri ruang dan peluang memikirkan cara memperluas bisnes kudapan kerepek kentang telur asin Yoda's Yolks.



''Sebelum ini, kami dapatkan bekalan dari Johor Bahru. Tapi kini kami usahakan sendiri dengan ruang pengeluaran kudapan kami sendiri di Centropod.



''Isteri adalah pencetus ilham niaga manakala saya penyokong kuatnya.



''Apa yang kami pelajari dalam mengusahakan perniagaan adalah kami perlu banyak bersabar dan bekerja keras. Tiada jalan pintas mencapai kejayaan,'' katanya mengenai snek yang mendapat sambutan baik.



Menyentuh tentang lagu baru pula, buat kali pertama, Ryan bekerjasama dengan Jaybon dan Addy Cradle bagi lagu barunya, Permata Hati.



Jika sebelum ini, lagu-lagunya mendapat sentuhan penggubah lagu prolifik Singapura, Yazri Malik, kali ini beliau menghasilkan lagu spontan dengan Jaybon dan Addy Cradle.



''Sebenarnya, semuanya datang spontan. Saya sedang menjalani rakaman rancangan, Ok Syiok! bersama Addy. Ada irama lagu terlintas di fikiran. Saya setakat suka-suka menyanyi.



''Tahu-tahu, Addy kata, dia nak bikin lagu untuk saya. Dia pulang dan kembali keesokan harinya... katanya, semua dah beres. Mari masuk studio,'' cerita Ryan.



Lagu balada bertajuk Permata Hati ditujukan buat wanita serata dunia di atas pengorbanan mereka.



''Inspirasi bagi lagu ini adalah isteri saya. Terima kasih di atas banyak jerih payah dan pengorbanannya dan adanya dia dalam hidup saya.



''Memandangkan saya tiada lagu kahwin, inilah hadiah buat isteri saya, Raudhah,'' jelas Ryan.



Pada musim Lebaran ini, Ryan memang paling suka makan kek tapak kuda dan mendengar lagu Datuk DJ Dave yang ada 'mood' Raya, Menjelang Hari Raya.



''Saya selalu nyanyi lagu DJ Dave di acara-acara Hari Raya, bikin 'cover' tapi tak dapat menyanyikannya di Sinar Lebaran,'' jelasnya.



Jika anda ingin saksikan Ryan berduet dengan Eiss Ismail dalam Sinar Lebaran, tonton di aplikasi meWatch.




"Sewaktu bulan Ramadan, fokus hanya pada keluarga. Kadangkala tak tahu apa kegiatan nak buat sampaikan saya buat perkara yang pelik-pelik untuk kejutkan dan hiburkan anak-anak.

Misalnya, orang kenal Ryan sebagai yang selesa berjambang. Kalau tak ada janggut macam tak kena gaya.

Tahu-tahu saya cukur jambang sampaikan anak yang kecil macam hairan dan tidak mahu didukung sebab dia nampak muka saya lain... ini ayah dia ataupun bukan?"

- Penyanyi Ryan Sufiyan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >