Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Razzi M (BDB) terkejut tiba-tiba disahkan sakit ginjal tahap 4

Dec 20, 2020 | 05:30 AM



LEBIH dikenali sebagai Razzi M, pemain gitar dan ketua kumpulan band ikonik Singapura 'Black Dog Bone' (BDB) kelihatan lebih sihat apabila ditemubual wartawan Berita Minggu baru-baru ini.



Ishhar Masrom, nama sebenar Razzi M, 72 tahun, telah didiagnos dengan penyakit ginjal tahap empat sekitar 2017.



Berita itu tidak disangka olehnya dan keluarganya.



"Setiap tahun kami akan pergi periksa kesihatan dan memastikan semuanya okay sebab ada sejarah diabetes. Tiba-tiba mereka kata sudah stage 4 penyakit ginjal. Kami pun terkejut sebab tidak menjangkakan perkara ini berlaku," kata isterinya, Rohaya Mohamed Taib, 61 tahun, penyanyi nasyid kumpulan Hidayah.



Apabila ditanya apa perasaan Razzi ketika mendapat tahu berita mengenai penyakit tersebut, beliau menjawab:



"Pada mulanya terkejut juga tetapi tidak panik. Masa diabetes kelmarin, doktor ada nasihat pergi dialisis tetapi saya tidak dengar sangat sebab tidak serius. Jadi, saya hanya makan ubat yang doktor berikan. Selepas didiagnoskan ini, saya harus banyak bertabah dan reda kerana ini semua ujian daripada Allah."



Razzi juga telah menjalani pembedahan memotong kelima-lima jari kaki kirinya setelah mendapati ibu jari kakinya luka dan berdarah.



Doktor telah menasihatinya agar memotong kelima-lima jari kaki untuk menghindari sebarang jangkitan lanjut.



Menyusuli pembedahan itu, Razzi berasa agak kekok berjalan dan pada masa yang sama harus ke sesi pemulihan.



"Pada awalnya, suami saya memang sedih juga apabila mengalami ini semua. Tetapi saya kerap memberitahunya supaya bersikap positif, harus banyak bersabar dan reda dengan apa yang telah berlaku. Alhamdulillah, kini dia sudah menerima hakikat dan semuanya menjadi lebih baik," ujar ibu empat anak itu.



Kini, Razzi tinggal bersama isteri dan anak bongsunya di Segar Road - rumah anak ketiganya yang kosong kerana beliau bekerja di Bogor Indonesia. Beliau tinggal di situ kerana pusat Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berdekatan sahaja di Bangkit Road.



"Walaupun sudah sekitar dua tahun menjalani dialisis, doktor mengatakan badannya belum begitu stabil dengan siri dialisis tersebut," jelas isterinya.



Kadangkala Razzi akan berasa tubuhnya lemah jika diberi suntikan baru dan ini berlaku beberapa minggu yang lalu. Ini membuatkan beliau tidak dapat hadir ke majlis penyampaian habuan dana Kami Peduli di Istana Ballroom, Tanjong Katong Complex yang dikendali oleh Syah Ibrahim dari Orange Events dan Encik Osman Arrifin dari Life Records. Razzi juga merupakan antara 23 anak seni yang diberikan bantuan melalui dana Kami Peduli yang memperuntukkan wang kepada penggiat seni sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan.



Keadaan kesihatan yang melanda Razzi menyebabkan beliau harus menyesuaikan diri dengan banyak perubahan.



Misalnya, pemakanannya kini lebih terjaga. Beliau tidak boleh makan apa pun jenis kacang dan minum air juga tidak boleh lebih daripada dua gelas.



Isterinya selama 41 tahun itu berkata bahawa beliau merancang apa yang perlu dimasak untuk suaminya setiap minggu demi menjaga kesihatannya.



Selain itu, Razzi turut melahirkan hasratnya untuk mengerjakan umrah bagi menggenapkan kali ketiga.



Beliau ingin mengunjungi rumah Allah sebelum apa-apa berlaku, katanya.



Kali terakhir beliau menunaikan umrah adalah pada 2008.



Dalam pada itu, Razzi dan isteri bersyukur kerana telah mengamalkan sikap menabung pada usia yang muda.



Sebagai penggiat seni mandiri, mereka tidak mempunyai Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan amalan menabung itu dapat membiayai kos perubatan sekarang yang tinggi.



"Penting untuk menabung dan kita harus berfikir jangka panjang bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'," nasihat mereka berdua.




"Pada mulanya terkejut juga tetapi tidak panik. Masa diabetes kelmarin, doktor ada nasihat pergi dialisis tetapi saya tidak dengar sangat sebab tidak serius. Jadi, saya hanya makan ubat yang doktor berikan. Selepas didiagnoskan ini, saya harus banyak bertabah dan reda kerana ini semua ujian daripada Allah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >