Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rebut peluang sertai peraduan fesyen kisah SG, reka kasut

Apr 10, 2021 | 05:30 AM



BAGAIKAN durian runtuh yang membawa pelbagai kenangan manis.



Itulah yang dirasakan pereka fesyen, Encik Dicky Ishak, apabila terpilih sebagai salah seorang daripada sembilan peserta separuh akhir peraduan rekaan fesyen Singapore Stories 2021.



Peraduan anjuran Persekutuan Tekstil dan Fesyen (TaFF) Singapura itu adalah sebahagian misi menggalak, menyokong dan membangun industri fesyen setempat.



Pereka fesyen diundang meneroka pengertian di sebalik koleksi kapsul pakaian lelaki dan wanita yang diinspirasikan daripada kisah Singapura.



Tahun ini, pereka fesyen diminta menghasilkan koleksi enam wajah bertema Fesyen dan Teknologi: Era Baru.



Tema ini memaparkan Singapura sebagai negara yang mendakap teknologi dan inovasi serta meraikan pencapaian sebagai negara bijak. Hadiah lebih $100,000 ditawarkan dalam peraduan ini.



Peserta akan bertanding bagi merebut Anugerah Fesyen Singapura yang merupakan peluang memaparkan koleksi kapsul busana di Muzium Tamadun Asia.



Pemenang juga berpeluang memaparkan rekaan fesyen mereka dalam Minggu Fesyen Paris 2022 di samping meneroka peluang bekerjasama dengan TaFF bagi jualan runcit di Design Orchard dan One Orchard.Stores.



Apabila ditanya mengenai penglibatan dalam Singapore Stories, Encik Dicky berkata:



"Saya teruja kerana satu-satunya anak Melayu yang terpilih ke peringkat separuh akhir.



"Terasa cabarannya kerana saya bersaing dengan pereka fesyen lain yang bukan calang-calang. Sebahagiannya mempunyai pengalaman memperagakan fesyen mereka di luar negara."



Dalam kesibukannya, Encik Dicky juga mengusahakan rekaan kasut dan beg sendiri.



"Semasa pandemik, saya dan rakan saya, Jimmy, memikirkan cara menambah pendapatan apabila bisnes pengantin terjejas. Maka timbullah projek jenama Maqesah by Dicky Ishak.



"Ada pelanggan lelaki yang membeli sut daripada saya. Maka, saya terfikir bagaimana nak padankan baju dengan kasut. Ada rancangan menghasilkan koleksi kasut tumit tinggi dan beg tangan sedondon wanita," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >