Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
3

TEROKA ALAM KEHIJAUAN SINGAPURA

Redah laluan belukar di MOUNT FABER

Nov 21, 2021 | 05:30 AM

Usaha pemerintah untuk memulihara biodiversiti dengan membangunkan semula kawasan-kawasan yang kaya dengan alam semula jadi secara tidak langsung telah menarik masyarakat untuk lebih menghargai sekitaran alam. Ditambah dengan keadaan pandemik yang sejak hampir dua tahun lalu menghambat pergerakan rakyat daripada bercuti ke luar Singapura, kian ramai yang kini memberi tumpuan meneroka pelbagai pelosok taman-taman kehijauan seluruh pulau. Kumpulan-kumpulan pendaki atau 'hikers', sama ada dalam bentuk kumpulan sosial, sahabat atau anggota keluarga, saban minggu, dengan berpakaian sukan atau kembara, dilihat meredah kawasan hutan Singapura dan meneroka tempat-tempat peninggalan sejarah yang tersembunyi di celah-celah timbunan pokok dan bukit bukau. Kegiatan ini tidak saja dianggap menyeronokkan kerana ia menjadi riadah yang sihat dan merangsang pergerakan fizikal, bahkan memberi perspektif berbeza kepada kehidupan dan sekitaran Singapura. BERITA MINGGU akan menyiarkan siri destinasi alam semula jadi Singapura dengan perkongsian daripada para pendaki yang telah meneroka trek-trek pendakaian yang ada di serata pulau ini.

UNDANGAN Team Jalan Santai (TJS), kumpulan yang terdiri daripada golongan asatizah, untuk menyertai misi pendakian mingguan mereka ke kawasan semula jadi di sini kepada wartawan memang sukar ditolak, biarpun hakikatnya kaki ini sudah lama tidak meniti trek yang lasak.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >