Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

TIDAK SEKADAR KAYUH BASIKAL...

Atuk, anak, cucu berbasikal setiap minggu

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



BERBASIKAL adalah satu aktiviti keluarga bagi Encik Abdul Malek Hashim. Anak-anak dan cucu-cucunya semua gemar akan kegiatan itu.



Berkumpul tiap seminggu, keluarga tiga generasi itu sering berbasikal bersama dan mengambil peluang untuk mengeratkan silaturahim serta meneroka Singapura.



Dengan adanya basikal lipat, Encik Malek yang kini berusia 74 tahun, berkata bahawa tiada had baginya untuk berbasikal ke seluruh Singapura.



Kata bapa kepada empat orang anak itu, selalunya keluarga besar beliau akan berkumpul di rumahnya.



Namun gara-gara sekatan Covid-19 yang mengehadkan jumlah pengunjung di rumah, mereka mengubah rancangan untuk melakukan aktiviti berlainan.



"Sebelum ini, anak-anak dan cucu-cucu saya memang sering berbasikal. Jadi dua bulan yang lalu, saya dihadiahkan basikal ini untuk berbasikal bersama.



"Walaupun masih perlu menjaga jarak sosial yang selamat, dapat berbasikal berjauhan pun jadilah bagi saya.



"Yang penting, kita semua bergembira bersama-sama dengan selamat," kata datuk kepada lapan orang cucu itu.



Antara tempat yang Encik Malek sering pergi bersama keluarganya termasuk Sentosa, Yishun dan Taman East Coast.



Bercakap mengenai basikal lipat, Encik Malik berkata ia lebih sesuai baginya berbanding basikal biasa kerana beberapa sebab.



Ini termasuk ketinggian dan basikal jenis ini ringan.



"Kaki saya bukan kuat lagi sekarang.



"Kalau saya gunakan basikal biasa, ia agak tinggi dan mungkin bahaya bagi saya, terutamanya jika saya perlu berhenti di tempat seperti lampu isyarat ketika saya harus meletakkan kaki ke tanah.''



"Jika tidak sampai ke tanah, saya mungkin boleh terjatuh," katanya.



"Bagusnya basikal ini, jika saya penat atau tidak larat untuk berbasikal lagi, saya boleh ambil pengangkutan awam terdekat atau menaiki Grab dengan mudah kerana ia kecil dan ringan," tambah beliau yang sudah bersara.



Selain daripada berbasikal bersama keluarganya, Encik Malek turut berbasikal bersendirian di kawasan kejiranannya di Jurong East.



Dengan alat pembesar suaranya yang memainkan lagu-lagu zaman 60-an, beliau gemar berbasikal secara santai ke Taman Tasik Jurong atau kawasan Chinese Garden.



Ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat walaupun sudah lanjut usia, Encik Malek berkata beliau berbasikal sekurang-kurangnya satu jam setiap hari.



"Saya memang sudah lanjut usia tetapi daripada duduk di rumah sahaja, lebih baik saya melakukan sesuatu yang berfaedah bagi kesihatan saya.



"Sebelum saya berbasikal, saya rasa lemah dan badan saya kurang sihat.



"Tetapi setelah bermula untuk berbasikal, Alhamdulillah saya rasa lebih bertenaga dan lebih cergas untuk melakukan kerja-kerja harian," ujarnya.




SEKARANG SAYA LEBIH BERTENAGA DAN LEBIH CERGAS



"Saya memang sudah lanjut usia tetapi daripada duduk di rumah sahaja, lebih baik saya melakukan sesuatu yang berfaedah bagi kesihatan saya.

Sebelum saya berbasikal, saya rasa lemah dan badan saya kurang sihat.

Tetapi setelah bermula untuk berbasikal, Alhamdulillah saya rasa lebih bertenaga dan lebih cergas untuk melakukan kerja-kerja harian.''
- Encik Abdul Malek Hashim, 74 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >