Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Cuba-cuba niaga dari rumah di bulan puasa

Ibu tunggal 'Circuit Baker' mahu jual brownie 'lain dari yang lain'

Lebih 20 peniaga dari rumah dan produk mereka telah ditampilkan dalam satu acara jualan sempena Ramadan anjuran Our Tampines Hub tahun ini. Antara mereka adalah dua peniaga yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan dari rumah selepas sektor tugasan mereka terjejas oleh pandemik Covid-19. BERITA HARIAN melaporkan.
Apr 30, 2021 | 05:30 AM



SETELAH gimnasium tempat kerjanya terpaksa ditutup semasa tempoh pemutus litar tahun lalu, Cik Kassamanda Octavia Kaswan yang bertugas sebagai penolong operasi, terpaksa memikirkan cara untuk menyara hidup keluarganya.



Kini, ibu tunggal tiga anak itu digelar keluarganya "Circuit Baker" kerana mencungkil bakatnya dalam membakar kek dan kuih semasa tempoh pemutus litar hingga memulakan perniagaan dari rumah.



Beliau menjalankan perniagaan Kass Octavia, yang menjual kek brownie dan pod brownie, secara sepenuh masa sekarang.



Menceritakan pengalamannya, Cik Kassamanda, 32 tahun, berkata perniagaan dari rumah (HBB) itu 'lahir' daripada usahanya untuk membuat eksperimen dan mencuba-cuba membuat kek dan kuih semasa tempoh pemutus litar tahun lalu.



Walaupun terpaksa melepaskan pekerjaannya selepas gimnasium terjejas teruk ada hikmah di sebaliknya, kata beliau.



"Sejak tahun lalu, saya telah mengendalikan perniagaan ini sepenuh masa apabila saya membuat keputusan untuk meninggalkan pekerjaan saya kerana semua gimnasium terpaksa berhenti beroperasi.



"Ini sebenarnya telah membolehkan saya berhubungan rapat dengan anak-anak saya dan memberi mereka tumpuan sepenuhnya.



"Saya telah menjadi ibu tunggal hampir empat tahun sekarang. Walaupun jaminan kewangan adalah satu keutamaan, namun keutamaan saya juga ialah untuk sentiasa berada di sisi mereka dan memastikan kesejahteraan keseluruhan mereka," jelasnya yang tidak menyangka jatuh cinta dengan bidang itu.



Sedang ramai peniaga mengeluh apabila HBB diminta berhenti beroperasi buat satu ketika pada tahun lalu, namun ini tidak sedikit mematahkan semangat Cik Kassamanda.



Malahan, beliau merebut peluang untuk memberi tumpuan kepada aspek lain perniagaan tersebut.



"Pada masa itu, perniagaan saya masih baru dan mengalami beberapa cabaran.



"Jadi saya menggunakan masa itu untuk mempelajari kemahiran asas perniagaan dalam talian - dari sudut pemasaran, fotografi, penjenamaan dan penghasilan kandungan," terang beliau.



Usaha seperti itu perlu sedang semakin banyak yang menceburi bidang perniagaan, terutama bagi mereka yang mengalami nasib serupa dan sumber rezeki terjejas oleh pandemik.



Lantaran itu, Cik Kassamanda memastikan beliau membuat perancangan strategik untuk menampilkan kekuatan perniagaannya.



"Ribuan orang mungkin mengatakan mereka memiliki kemahiran sama seperti saya, jadi kuncinya ialah untuk saya mencari cara membezakan diri menerusi cara yang positif.



"Saya tahu sebab di sebalik saya melakukan perniagaan ini, jadi saya perlu tahu menyampaikan mesej ini menerusi wadah niaga saya seperti media sosial," ujar beliau.



Apabila ditanya bagaimana pengalaman sumber pendapatan dijejas pandemik Covid-19 membuatnya lebih berdaya tahan, Cik Kassamanda berkata:



"Dengan belajar menjadi lebih mudah menyesuaikan diri, seseorang itu lebih diperkasa untuk memberi respons apabila berdepan dengan satu krisis.



"Mereka yang lebih berdaya tahan sering kali akan memanfaatkan kejadian seperti pandemik ini, sebagai peluang untuk mengembangkan keupayaan diri mereka," tambahnya.




Ribuan orang mungkin mengatakan mereka memiliki kemahiran sama seperti saya, jadi kuncinya ialah untuk saya mencari cara membezakan diri menerusi cara yang positif.

Saya tahu sebab di sebalik saya melakukan perniagaan ini, jadi saya perlu tahu menyampaikan mesej ini menerusi wadah niaga saya seperti media sosial.

- Cik Kassamanda Octavia Kaswan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >