Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Uncategorized
41
0

RENCANA INI DIBAWAKAN OLEH SENTOSA DEVELOPMENT CORPORATION

Jubli Emas Sentosa tawar aneka kembara istimewa

Mar 30, 2022 | 05:30 AM



SENTOSA meraikan ulang tahun Jubli Emas yang ke-50 pada tahun ini.



Sebagai sebahagian daripada sambutan Jubli Emas, Sentosa menawarkan pelbagai promosi buat Generasi Merdeka, warga emas Singapura dan penduduk tetap berumur 60 tahun ke atas, untuk mengembara semula pulau ini.



Promosi ini dibahagikan pada dua kategori - Main dan Inap.



Kategori Main memaparkan promosi buat pelbagai tempat tarikan yang boleh dikunjungi Generasi Merdeka dengan harga diskaun yang menarik.



Misalnya, pengunjung Generasi Merdeka boleh menaiki kereta kabel dan bas kembara Pulau Sentosa pada harga $5.



Bas kembara Pulau Sentosa berhawa dingin ini akan membawa pengunjung selama dua jam di sekeliling Sentosa, di mana, mereka boleh menerokai pulau ini dan mempelajari tentang keindahan dan perubahan pulau ini.



Kunjungi juga tempat tarikan, Madame Tussauds Singapura, di mana Generasi Merdeka boleh menikmati promosi tiket beli satu, dapat satu percuma.



Madame Tussauds Singapura mempunyai pelbagai patung lilin yang memaparkan pemimpin sedunia seperti mendiang Encik Lee Kuan Yew dan isterinya, Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak, Queen Elizabeth dan Presiden Xi Jinping, serta selebriti terkenal seperti JJ Lim dan Zoe Tay; dan ahli sukan popular seperti Fandi Ahmad dan David Beckham.



Promosi tiket beli satu, dapat satu percuma ini turut membolehkan anda menikmati tempat tarikan yang lain, antaranya, menaiki bot "Spirit of Singapore", di mana mereka boleh melihat taman tropikal dan fantasi Singapura; dan berangan-angan hendak menjadi bintang filem dengan menjalani uji bakat di sisi bintang Bollywood seperti Shahid Kapoor dan Karan Johar.



Satu lagi tarikan menarik di Sentosa yang sesuai buat Generasi Merdeka adalah Sentosa 4D Adventureland, di mana, pengunjung boleh mendapat harga diskaun sebanyak 50 peratus.



Tarikan Sentosa 4D Adventureland membolehkan pengunjung menikmati aksi teater empat dimensi (4D), di mana mereka boleh menonton video seni yang menggabungkan bunyi dan rasa angin, air dan elemen semula jadi yang lain.



Selain itu, ada juga tarikan Extreme Log Ride, Desperados dan Haunted Mine Ride bagi pengunjung yang menggemari kegiatan aksi.



Nikmati juga promosi berganda istimewa - perjalanan menaiki kereta kabel dan bas kembara Pulau Sentosa pada harga $5 sahaja (harga biasa: $60).



Promosi berganda istimewa ini membolehkan pengunjung menikmati perjalanan pergi dan balik di Laluan Mount Faber dan Laluan Sentosa kereta kabel Singapura serta menaiki bas kembara Pulau Sentosa.



Selain itu, pengunjung juga boleh menaiki bas kembara Pulau Sentosa selama dua jam, di mana, mereka akan melawati tempat tarikan Fort Siloso dan Skywalk, Resorts World Sentosa, Sentosa Cove, Pantai Palawan dan kedai cenderamata kereta kabel Singapura di Imbiah Lookout.



Namun, bagi Generasi Merdeka yang ingin 'bercuti' di Sentosa, mereka boleh membuat tempahan di hotel Shangri-La Rasa Sentosa, Singapura.



Hotel ini menawarkan harga diskaun sebanyak 10 peratus bagi harga sedia ada yang terbaik jika mereka membuat tempahan bilik secara langsung dari hotel ini.



Seandainya, pengunjung Generasi Merdeka ingin menginap menghadapi pantai nyaman di sebuah resort, Siloso Beach Resort, menawarkan naik taraf percuma dari bilik deluxe ke suite roof garden.



Justeru, ayuh terokai semula Sentosa yang mungkin akan membuat Generasi Merdeka mengimbas masa silam yang indah dan nikmati promosi istimewa yang tersedia ada.



Sila lungsuri lelaman www.sentosa.com.sg/silversdeals untuk maklumat lanjut.




PROMOSI ISTIMEWA BUAT GENERASI MERDEKA DI SENTOSA



MAIN



  • Madame Tussauds Singapura: Beli 1 Percuma 1

  • Sentosa 4D Adventureland: Diskaun 50 peratus tiket kombinasi 4-dalam-1.

INAP



  • Shangri-La Rasa Sentosa, Singapura: Diskaun 10 peratus.

  • Siloso Beach Resort: Naik taraf percuma dari Bilik Deluxe ke Roof Garden Suites

PROMOSI BERGANDA ISTIMEWA



  • Nikmati perjalanan menaiki kereta kabel dan bas kembara Pulau Sentosa pada hanya $5 setiap warga emas (harga biasa $60).

  • Tawaran berganda ini terdiri daripada perjalanan pergi dan balik di Laluan Mount Faber & Laluan Sentosa Kereta Kabel Singapura dan Bas Kembara Pulau Sentosa.

  • Laluan Mount Faber:

    1. Stesen Puncak Mount Faber

    2. Stesen HarbourFront Tower 2

    3. Stesen Sentosa

    Petik gambar cantik dan pemandangan panoramik 360º yang menghadap ke Harbour Front, Sentosa dan Mount Faber sebagai kenang-kenangan.

  • Laluan Sentosa:

    1. Stesen Merlion

    2. Stesen Tinjau Imbiah

    3. Stesen Siloso Point

    Nikmati pemandangan yang menakjubkan di Sentosa dan lihat pasir pantai keemasan.

  • Bas kembara Pulau Sentosa:

    1. Fort Siloso Skywalk

    2. Resorts World Sentosa

    3. Sentosa Cove

    4. Titik Paling Selatan di Benua Asia, Pantai Palawan

    5. Puncak Mount Faber

    Pergi ke Sentosa selama dua jam dalam keselesaan sejuk, bas berhawa dingin! Satu-satu nya lawatan berpandu Sentosa ialah cara terbaik untuk menemui keindahan dan daya tarikan sambil mempelajari lebih lanjut tentang evolusi dan transformasi pulau itu.

  • Lawatan pada hari Isnin hingga Jumaat pada 10 pagi, 12 malam, 2 petang dan 4 petang, tidak termasuk cuti umum.

  • Keluarga dan rakan-rakan yang mengiringi seorang pengunjung boleh mendapat diskaun 50% pada $30 setiap orang (harga biasa $60)

  • Promosi sehingga 31 Julai 2022.

  • Tiket boleh didapati di www.sentosa.com.sg/silversdeals atau dari kaunter Mount Faber Leisure: (1) Stesen Puncak Mount Faber, (2) Stesen HarbourFront Tower 2, (3) Stesen Sentosa, (4) Stesen Merlion, (5) Stesen Tinjau Imbiah dan (6) Stesen Siloso Point.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >