Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

Mata wang kripto bukan pelaburan untuk pelabur kecil

Oct 10, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN diharamkan di China dan disekat di Hong Kong, Singapura telah mengambil pendekatan berbeza dalam industri mata wang kripto (cryptocurrency).



Minggu lalu, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan bahawa firma broker saham, DBS Vickers, telah mendapat lesen bagi menawarkan khidmat token pembayaran digital, manakala firma pertukaran mata wang kripto Australia, Independent Reserve, menjadi entiti asing pertama mendapat lesen itu.



Bulan lalu, lesen pertama diberikan kepada firma teknologi kewangan (fintech) Singapura Fomo Pay.



Kelulusan itu diberikan sedang banyak firma-firma mata wang kripto menghadapi pemantauan ketat oleh para pengawal di dunia sedang industri aset digital bernilai AS$1.91 trilion ($2.6 trilion) berkembang pesat.



Lesen terbaru yang diberikan kepada DBS Vickers, misalnya, membolehkan anak syarikat broker saham DBS itu memberi sokongan secara langsung kepada firma-firma pengurus aset dan syarikat mendagangkan token pembayaran digital melalui wadah DBS Digital Exchange (DDEx).



Bursa Singapura (SGX) mempunyai perkongsian sebanyak 10 peratus dalam DDEx.



DDEx ingin menjadi bursa sigital khidmat penuh disokong bank, yang menawarkan dagangan mata wang kripto.



"Teknologi yang digunakan produk kripto dan token digital mempunyai potensi untuk menjadi dorongan kepada generasi baru khidmat kewangan,'' ujar Penolong Pengarah Urusan Kumpulan Dasar, Pembayaran dan Jenayah Kewangan MAS Loo Siew Yee.



Membuka pintu kepada industri kripto menjadi satu cara bagi Singapura terus menjadi hab kewangan di Asia.



APAKAH SEBENARNYA MATA WANG KRIPTO?



Mata wang kripto merupakan mata wang digital berdasarkan satu rangkaian yang diedarkan secara meluas dalam komputer.



Struktur ini membolehkan mereka wujud di luar kawalan pemerintah dan pihak berkuasa pusat.



Nama 'cryptocurrency' berasal dari teknik encyrption yang digunakan untuk meningkatkan keselamatan rangkaian itu.



Blockchain, yang merupakan satu kaedah penyusunan bagi memastikan integriti data urus niaga itu, adalah komponen penting dalam mata wang kripto.



Ramai pengamat menjangkakan blockchain dan teknologi berkaitan akan mengganggu banyak industri, termasuk kewangan dan undang-undang.



APAKAH BITCOIN DAN MATA WANG KRIPTO YANG LAIN?



Mata wang kripto berdasarkan blockchain yang pertama dikenali sebagai bitcoin.



Ia kekal popular dalam pasaran hari ini.



Difahamkan, bitcoin diperkenalkan pada 2009 oleh seorang yang bernama Satoshi Nakamoto.



Sehingga Ogos tahun ini, lebih 18.8 juta bitcoins diedarkan di dunia dengan permodalan pasaran mencecah AS$858.9 bilion, menurut laman kewangan Investopedia.



Hanya 21 juta bitcoin wujud, menghalangnya dari dimanipulasi dan menyebabkan inflasi.



Selepas kejayaan bitcoin, banyak lagi mata wang digital yang wujud seperti Ethereum, Litecoin, Solana, Cardano, EOS dan Namecoin. Hampir 46 peratus mata wang kripto di dunia kini dikuasai bitcoin.



MAS KAWAL KETAT, HARAMKAN FIRMA TIDAK BERLESEN



Bulan lalu, MAS mengarahkan firma Binance - bursa mata wang kripto terbesar di dunia dari segi jumlah dagangan - untuk menghentikan khidmat pembayaran di Singapura dan berhenti mendapatkan perniagaan dari penduduk Singapura.



Beberapa negara lain juga mengharamkan Binance seperti Italy, Thailand dan Malaysia,



MAS telah menyemak operasi Binance.com dan menyatakan pengendali laman Binance telah gagal mematuhi Akta Khidmat Pembayaran dengan mengendalika perniagaan khidmat pembayaran tanpa lesen yang wajar.



MAS telah meletakkan Binance.com dalam Senarai Berhati-hati Pelabur bagi memberi peringatan kepada pelanggan bahawa Binance tidak dikawal atau mempunyai lesen di Singapura bagi menyediakan khidmat pembayaran itu.



BERISIKO TINGGI, TIDAK SESUAI BAGI PELABUR KECIL



Di Singapura, saiz pasaran mata wang kripto kekal rendah berbanding saham dan bon dan jumlah dagangan bagi tiga mata wang kripto utama - Bitcoin, Ethereneum dan XRP - adalah 2 peratus dari purata jumlah dagangan harian sekuriti di SGX pada 2020, ujar Menteri Kanan dan Menteri Penyelarasan Dasar Sosial, Tharman Shanmugaratnam menjawab soalan di Parlimen April lalu.



"Mata wang kripto amat tidak menentu kerana nilainya tidak berkaitan dengan asas ekonomi. Jadi, ia merupakan produk pelaburan yang berrisiko tinggi dan tidak sesuai bagi pelabur runcit. MAS telah mengeluarkan banyak nasihat pengguna bagi mengingatkan awam mengenai risiko berdagang dalam produk ini,'' kata Encik Tharman.




APA ITU MATA WANG KRIPTO



"Mata wang kripto merupakan mata wang digital berdasarkan satu rangkaian yang diedarkan secara meluas dalam komputer.



Struktur ini membolehkan mereka wujud di luar kawalan pemerintah dan pihak berkuasa pusat.



Blockchains, yang merupakan satu kaedah penyusunan bagi memastikan integriti data urus niaga itu, adalah komponen penting dalam mata wang kripto.




TIDAK SESUAI BAGI PELABUR RUNCIT



"Mata wang kripto amat tidak menentu kerana nilainya tidak berkaitan dengan asas ekonomi. Jadi, ia merupakan produk pelaburan yang berrisiko tinggi dan tidak sesuai bagi pelabur runcit. MAS telah mengeluarkan banyak nasihat pengguna bagi mengingatkan awam mengenai risiko berdagang dalam produk ini.''
- Menteri Kanan dan Menteri Penyelarasan Dasar Sosial, Tharman Shanmugaratnam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >