Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

LAGU PUISI UNTUK MELESTARIKAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU

Rancakkan irama lagu puisi agar lebih diterima masyarakat

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



LAGU puisi yang didendangkannya tidak lain adalah untuk melestarikan bahasa dan budaya Melayu.



Semangat untuk terus menyumbang kepada usaha menghidupkan identiti bangsa itulah membawakan lagu puisi dalam kelainan yang baru.



Mungkin masyarakat akan terbayang-bayang irama yang lebih mendayu dan berbentuk sentimental.



Namun Encik Aqmal Noor atau nama sebenarnya, Noor Haqmal Mohamed Noor mengusung muzik puisi dengan susunan yang lebih rancak bagi menarik perhatian masyarakat untuk lebih mencintai irama lagu puisi.



Beliau yang pernah dilantik sebagai duta bahasa oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) tahun 2019 berkata:



"Sebelum ini, saya pernah mencipta lagu-lagu puisi daripada Encik Hidayat Nordin dan beberapa pengkarya yang lain.



"Kemudian, saya diminta oleh penerbit puisi 'Hakikat' (The Awesome Musiq) untuk mencipta dan menyanyikan puisi berbentuk pantun, hasil karya Encik Shahril Samri."



Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bidang penggubahan seni kata lagu, Encik Aqmal Noor yang merupakan bekas juara rancangan realiti Anugerah pada tahun 2004 ini berkata beliau gemar menghasilkan sesuatu lagu puisi mengikut kehendak lirik itu sendiri.



Beliau menjelaskan kepada Berita Harian (BH):



"Secara peribadi, penciptaan lagu puisi itu perlu dilihat melalui apa yang ditulis. Maksudnya, inti puisi dan melodi itu dihasilkan mengikut kewajarannya.



"Asalkan, ia sesuai untuk diperdengarkan kepada khalayak.



"Jika ia berteraskan puisi yang lebih moden, mungkin saya akan menggunakan melodi dan rentak yang lebih bersifat kontemporari. Tetapi, berbalik kepada puisi hasil karya Encik Shahril Samri ini, ia berbentuk pantun dan lebih ke arah tradisional.



"Bagi saya sendiri, pantun lebih senang untuk dipuisikan mengikut rentak irama tradisional.



"Sebenarnya, sentuhan irama rancak yang diketengahkan dalam puisi ini berlandaskan rentak zapin, sekaligus menonjolkan ciri-ciri kemelayuan itu sendiri.



"Penggunaan rentak yang lebih rancak akan membuatkan orang ramai lebih senang 'tangkap' melodi sesuatu lagu.



"Masyarakat mungkin tidak tahu dan kurang fokus tentang kata-kata puisi. Justeru itu, irama rancak yang disajikan ini akan menarik mereka untuk mengingati melodi dan memahami baris kata yang dilagukan.



"Maka, penerimaan masyarakat terhadap lagu puisi akan lebih meluas. Lazimnya, irama puisi akan memasukkan unsur seruling dan gitar sahaja.''



Menurutnya, sesetengah orang menyukai susunan muzik yang lebih ringkas sebegini.



Bagaimanapun, beliau mempunyai pendapat berbeza, memandangkan beliau lahir dari aliran yang berbeza (pemuzik).



"Saya lebih gemar memilih penyusunan lagu berdasarkan permintaan masyarakat yang mudah ditangkap dan difahami.



"Sebab, kita ingin memperkenalkan lagu puisi ini kepada seluruh masyarakat di luar sana. Tambahan pula, ia menjadi cabaran untuk meluaskan sasaran pendengar kerana tidak semua orang yang biasa dan berminat untuk mendengar lagu puisi.



"Dengan itu, saya mengambil pendekatan yang lebih sesuai dan dekat dengan hati peminat di luar sana. Alhamdulillah, saya menerima banyak respons yang positif daripada para pendengar."



Beliau akan sentiasa cuba untuk memperbaiki mutu sesebuah penerbitan lagu agar ia terus relevan dan diterima ramai.



Beliau yang mula berjinak-jinak dalam bidang seni sejak sekolah menengah melalui arena dikir barat ini juga meraih banyak kelebihan menggubah lagu melalui dikir barat.



"Seawal tahun 2000, dikir barat sudah menerima kepelbagaian genre muzik. Walaupun ia merupakan lagu dikir barat, tetapi kita memasukkan elemen R&B, hip-hop, rock dan banyak lagi."



"Oleh itu, penggubahan seni kata bukanlah satu masalah yang besar buat para penggubah lagu dikir barat di Singapura.



"Apabila kita sudah mempunyai pengalaman dan kemahiran, maka ia lebih senang untuk diguna pakai dalam irama puisi. Ia menjadikan kita lebih berkeupayaan untuk menghasilkan lagu berdasarkan kata-kata yang disediakan.



"Saya melihat bilangan aktivis pantun yang aktif di Singapura agak kurang. Tetapi, Encik Shahril adalah salah seorang pemuda yang memang giat melestarikan puisi pantun bukan sahaja di Singapura, malah di luar Singapura sendiri.



"Jadi, karya Hakikat ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat Melayu dan bukan Melayu tentang keunikan puisi. Jika kita tidak memberikan perhatian kepada karya sebegini, mungkin ia boleh pupus dari pandangan masyarakat. Semoga puisi pantun akan terus 'hidup' dan mendapat sentuhan menarik daripada para penggubah tanah air," katanya.




"Sebenarnya, sentuhan irama rancak yang diketengahkan dalam puisi ini berlandaskan rentak zapin, sekaligus menonjolkan ciri-ciri kemelayuan itu sendiri.



"Penggunaan rentak yang lebih rancak akan membuatkan orang ramai lebih senang 'tangkap' melodi sesuatu lagu.



"Masyarakat mungkin tidak tahu dan kurang fokus tentang kata-kata puisi. Justeru itu, irama rancak yang disajikan ini akan menarik mereka untuk mengingati melodi dan memahami baris kata yang dilagukan.



"Maka, penerimaan masyarakat terhadap lagu puisi akan lebih meluas. Lazimnya, irama puisi akan memasukkan unsur seruling dan gitar sahaja.''
- Aqmal Noor




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >