Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Resipi Mak jadi penawar 'kehilangan' Roslan Shah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Resipi Mak jadi penawar 'kehilangan' Roslan Shah

Dapat peluang buka gerai Selebriti's Corner ubat rindu pada arwah ibu, tokok sumber rezeki
Sep 09, 2020 | 05:30 AM

Rasa takut dan bimbang menyelubungi jiwa selebriti, baik dalam berdepan dengan kehilangan anggota keluarga dan peluang pekerjaan. Ada juga rasa takut yang menyelinap apabila terjerat dalam peristiwa mendebarkan tetapi melucukan terperangkap dalam tandas rumah. BERITA HARIAN menyelongkar kisah-kisah 'faktor ketakutan' dalam laporan berikut. 


HAMPIR lapan bulan Cik Mariam Kari, ibu tercinta penghibur dan usahawan Singapura, Roslan Shah, menyahut panggilan ilahi dek barah perut.

Hingga ke detik ini, Roslan, selebriti ramah yang berulang-alik ke Malaysia sejak lebih dua dekad lalu bagi mencari rezeki, masih mengenangkan kelembutan ibunya yang dijaga secara bergilir-gilir dengan kakaknya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sejak wabak Covid-19 menjejas Singapura sekitar Februari lalu, Roslan, 40-an tahun, yang sebelum ini dikenali dengan julukan 'Sudirman Singapura' tidak dapat lagi menyeberangi Koswe kerana sekatan perjalanan.

Dalam beliau masih lagi mengubati kehilangan ibu yang menjadi penawar segala duka, beliau hilang pula lebih 50 peluang mengacara di karnival dan majlis makan malam.

Setiap acara membawa pendapatan antara RM5,000 ($1,642) dengan RM8,000 ($2,626).

Namun kebimbangan dirinya kehilangan sumber pencarian terubat setelah bertemu pelawak Alias Kadir yang mengurus Kedai Kopi Al Ikhlas di 60 Lorong 101 Changi.

Alias menawarkan Roslan peluang menyewa satu sudut kecil di kedai kopi itu bagi menjual aneka rojak berbekalkan resipi arwah ibu.

Sejak Julai lalu, rojak buah 'Maznah ke tuu!!!', tahu bakar 'Gempa Bumi' dan char kuay bakar 'Tsunami' yang disajikan di gerai Selebriti's Corner mula mendapat perhatian pengikut Instagram.

Gerai tersebut dikendalikan dengan bantuan dua kakaknya, Cik Normah dan Cik Salmah.

Dalam kunjungan Berita Harian ke kedai itu Sabtu lalu, kelihatan berpusu-pusu pelanggan membanjiri gerainya.

Ada yang datang sejauh kawasan barat Singapura. Ada yang sempat berbisik ingin merasakan air tangan Roslan sendiri.

Tidak kurang pula yang terasa hampa apabila tidak ada tempat lagi untuk duduk di kedai kopi itu.

Roslan pandai mengambil hati pelanggannya dengan bertanya khabar dan maklum balas.

Kalau disemak laman media sosial beliau, ada juga pelanggan istimewa atau VIP iaitu suami Presiden Halimah Yacob, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, baru-baru ini.

Foto mereka bersama dimuatnaikkan di media sosial Roslan.

"Encik Mohamed pesan rojak pekat-pekat, tak nak manis. Rasanya ada yang memberitahu kepadanya tentang rojak saya atau beliau juga ternampak di media sosial

"Alhamdulillah, beliau berikan pujian rasa rojak 'power'. Menggigil saya dibuatnya dapat pelanggan VIP. Saya rasa terharu," kongsi Roslan, yang pernah menyertai program 1990-an Asia Bagus.

Beliau memberitahu, gerai itu awalnya hanya bagi menghabiskan masa terluang sementara tidak ada tugas di Malaysia.

"Mulanya risau tak ada kerja di Malaysia. Pendapatan memang terjejas teruk. Namun saya bersyukur.

"Saya tidak duga sambutan gerai rojak ini luar biasa sampaikan saya takut nak buat video 'Live' di Facebook dan Instagram lagi sebab takut tak terlayan.

"Saya amat prihatin soal mutu dan rasa makanan. Kalau saya jual produk dari seberang Tambak di Singapore Expo pun, saya pastikan ia bermutu. Di Instagram, saya hanya paparkan yang sedap. Kita jangan tipu pelanggan, biar mereka beli pun berbaloi," ujar Roslan.

Beliau juga prihatin soal pemasaran meskipun ia satu perniagaan keluarga kecil-kecilan. Lantaran itu, nama 'catchy' digunakan bagi rojak, tahu bakar dan char kuay bakar.

"Orang tahu 'Maznah ke tuu!!!' dipetik daripada filem Allahyarham P. Ramlee, Seniman Bujang Lapok. Saya pun suka gunakan dalam drama Parodi Malaya yang saya jayakan.

"Kekata 'gempa bumi' itu menggantikan idea awal nak gunakan frasa 'tahu bakar 'bunuh diri' sebab ada yang kata tak baik gunakan perkataan yang negatif dan boleh disalah anggap," katanya yang mempunyai 59,400 pengikut Instagram.

Roslan akui pemergian ibunya banyak memberi impak buatnya.

"Saya memang manja dengan arwah mak. Saya mengangkat dan memandikannya dalam keadaan beliau kritikal. Berkat doa orang ramai, saya diberi kekuatan menjalankan amanah menjaganya sesibuk mana pun.

"Kini, pandang sahaja katil dan pakaian mak, saya sebak. Kalau tak berjualan, saya menziarah kuburnya. Apabila beliau tiada, rindu. Selain bekalkan kami dengan resipi rojak buat perniagaan keluarga yang akrabkan kami, mak tinggalkan saya dengan nilai kehidupan.

"Saya dididik agar buat kerja dengan ikhlas dan ringankan tangan tolong orang dan layan orang dengan penuh keramahan dan kerendahan hati. Yang penting, dalam buat apa pun, janganlah dengki dan kacau rezeki orang lain," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3