Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU GEGAR VAGANZA 8

Cef selebriti Fazley lega tinggalkan pentas GV8

Terima kritikan negatif daripada warganet, namun ketua juri puji Fazley kerana punya tekad
Dec 14, 2021 | 05:30 AM



KRITIKAN warganet di dalam era media sosial boleh melemahkan semangat peserta peraduan realiti yang fikirannya sarat dengan bermacam aspek persembahan untuk difikirkan.



Dapat dibayangkan apa yang tersemat di hati peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) apabila dilontarkan dengan komen negatif yang bukan sahaja pedas, tetapi kadangkala bersifat tidak menghormati, baik mengenai vokal, persembahan atau busana yang dipakai.



Pengalaman trauma bercampur marah dan tersinggung membaca komen tidak membina warganet pernah dilalui alumni GV seperti Elyana, Datuk Nora, Aishah dan Noraniza Idris.



Ada diantara mereka yang membalas di Instagram masing-masing. Ada pula enggan membaca langsung komen yang boleh menjejas semangat.



Bagi musim kali ini pula, Datuk Fazley Yaakob menjadi peserta yang teruk dikecam saban minggu sejak detik pertama beliau muncul di pentas GV8 yang bakal masuk minggu kelima hujung minggu ini.



Komen seperti beliau hanya layak menyanyi karaoke dan bagi acara Hari Keluarga banyak dicatat di Twitter.



Justeru, kelmarin, tatkala Fazley, 43 tahun, yang merupakan juara Master Chef Celebrity Malaysia, diumumkan sebagai peserta yang tersingkir kerana mendapat markah paling rendah (50 peratus), kecaman dan sindiran masih memenuhi pesanan Twitter dan Instagram.



Mimi menulis:



"Saya tidur nyenyak malam ini kerana tahu cef tu dah tak ada dalam persembahan."



Zee pula menambah pelantun lagu Asmara Ini itu harus disingkirkan dari awal lagi kerana tidak dapat menyanyi secara profesional seperti bintang lain yang rata-rata memiliki pengalaman.



Tak kurang pula yang mempertikai kebolehan Fazley sebagai pakar motivasi dan memintanya memberi dorongan buat diri sendiri untuk hanya melekat di dapur dan memasak kerana itulah kekuatannya.



Sungguhpun begitu, ramai termasuk peserta yang muncul di tempat pertama dalam konsert keempat iaitu Adibah Noor, yang memberi tabik hormat atas kecekalan semangat Fazley untuk menelan segala komen yang menusuk tangkai hati dan tidak peka itu.



"Saya kagum dengan cara Fazley menangani komen membenci warganet dengan mengubahnya menjadi sesuatu yang positif.



"Orang menyakitinya secara sengaja tanpa tahu siapa beliau yang sebenarnya dan tiba-tiba mereka kata, Fazley mesti 'sporting' untuk terima komen ini. Saya tak mampu buat apa yang Fazley buat," tulis Adibah di Twitter.



Dalam laporan Utusan Online, ketua juri GV8, Datuk Ramli MS, berkata:



"Apa yang boleh saya katakan, Fazley memiliki tekad, dan keberaniannya untuk masuk program ini juga membuatkan saya kagum dan tabik hormat pada dia.



"Dia berani, walaupun dia mungkin tahu dirinya berisiko untuk terkeluar awal. Saya pun tak rasa dia nak popular sebab dia dah ada platform lain. Tapi dia nak menyanyi, tak apa. Saya kagum," katanya.



Mengulas penyingkirannya awal dari yang diharapkan peminatnya, Fazley berkongsi di Instagram:



"Saya lega sangat apabila tersingkir. Bukan menidakkan peluang, tetapi akur dengan rezeki setakat ini.



"Saya hanya usahakan agar ada peningkatan di dalam persembahan saya setiap minggu, bukan bertanding untuk lebih baik daripada peserta-peserta lain.



"GV bukan pentas saya. Ia terlalu besar untuk saya yang sememangnya bukan penyanyi pertandingan.



"Ada perbezaan besar di antara penyanyi pertandingan dengan penyanyi rakaman. Saya hanya penyanyi rakaman yang boleh perbaiki nyanyian di dalam studio berkali-kali tanpa penjurian sehingga nyanyian saya sempurna sebelum dijadikan lagu di radio.



"Penyanyi pertandingan pula adalah mereka yang ternyata begitu hebat dan menjadi kebiasaan menyanyi 'live' tanpa kesilapan besar di hadapan para juri dan ribuan penonton."



Kerendahan hatinya membawa kesan kepada pengikutnya dan jurulatih vokalnya, Mark Adam, yang tahu anak didiknya itu bekerja keras dan kian mempertingkat mutu nyanyiannya.



Ternyata, menyertai peraduan seperti GV8 yang ditonton ramai di rantau Asia Tenggara ini bukan perkara mudah.



Semangat waja diperlukan untuk menangani persepsi ramai yang dianggap 'wira keyboard' kerana hanya berani menaip kata-kata kecaman.



Seorang lagi peserta GV8, Bandi Amuk, 54 tahun, atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, menerima ulasan yang agak pedas daripada Ramli kelmarin.



Beberapa warganet turut menyentuh tentang Bandi yang nampak tidak selesa apabila menerima komen sebegitu daripada pengadil.



"Rasanya berbanding Fazley, yang nampak tenang mendengar komen kurang enak pengadil, Bandi pula macam tak sabar nak turun dari pentas. Macam tak 'happy'. Jadi patut Bandi yang keluar bukan Fazley," tulis SodaFizz di Twitter.



Ramli, dalam ulasannya, berkata beliau terkesan ada yang sumbang pada vokal Bandi dengan penyampaiannya kurang 'sampai'.



Di media sosial, Bandi, yang berada di tangga ke-10 konsert minggu keempat di atas penyanyi Indonesia, Upiak Isil, meminta maaf kepada pengikutnya jika ada kekurangan pada persembahannya.



Kritikan warganet adalah sebahagian perkara yang hendak tak hendak perlu diterima peserta peraduan gah seperti GV8.



Kekuatan fizikal dan minda sangat diperlukan peserta bagi mengharungi tempoh menghibur sambil menampilkan kemahiran.



Mudah-mudahan apa jua komen yang pedas dan pahit tidak menghentikan semangat Fazley, Bandi dan peserta GV8 lain.



Sebelum mengundurkan diri, Fazley malah sempat berkata:



"Buat sesiapa yang tidak mahu lihat saya terus menyanyi, harap datang ke Suka Sucre Bistro untuk melihat saya terus memasak."



  • Nota: GV8 disiarkan di Astro Ria (Saluran 608 di Singtel TV).


"Saya lega sangat apabila tersingkir. Bukan menidakkan peluang, tetapi akur dengan rezeki setakat ini. Saya hanya usahakan agar ada peningkatan di dalam persembahan saya setiap minggu, bukan bertanding untuk lebih baik daripada peserta-peserta lain. GV bukan pentas saya. Ia terlalu besar untuk saya yang sememangnya bukan penyanyi pertandingan."



- Fazley Yaacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >