Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS INDONESIA

Rindu Bunga pada Ashraf setiap hari

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



ESOK genap setahun pemergian pelakon dan pengacara Malaysia, Ashraf Sinclair, yang meninggal dunia pada usia 40 tahun menyusuli satu serangan jantung.



Balunya, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, 37 tahun, mengenang semula curahan kasih sayang Ashraf sepanjang 12 tahun mereka berumah tangga.



Dalam siri video bertajuk Love Story di akaun YouTube-nya, Bunga menceritakan setiap hari berlalu dengan dirinya begitu merindui Allahyarham Ashraf.



Beliau yang dikenali dengan panggilan ringkas BCL diwawancara pengacara dan mantan VJ MTV, Daniel Mananta dalam video tersebut.



"Minggu pertama selepas pemergian Ashraf, saya masih dalam keadaan terkejut. Saya tak mampu menangis kerana peristiwa ini ibarat satu mimpi dan tidak terasa benar-benar berlaku.



"Hingga ke hari ini, ada masanya saya tertanya-tanya apakah ini suatu mimpi ngeri?"cerita Bunga.



Beliau mendapatkan bantuan pengamal rawatan holistik, Reza Gunawan, bagi membantunya menangani kehilangan mendadak ini. Bunga juga terasa begitu menyesal kerana tidak meluangkan lebih banyak masa bermutu bersama Ashraf sedang mereka berdua sibuk membina kerjaya.



"Siapa yang tahu mengapa semua ini berlaku... hanya Allah sahaja yang menentukan perjalanan kita. Menyusuli kejadian itu, saya hanya tidur tiga jam sehari bagi beberapa bulan mendatang kerana takut kehilangan orang tersayang dalam tidur mereka. Saya takut kehilangan anak saya Noah atau ibu saya," jelasnya.



Dalam keadaannya kini, Bunga akur selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal tanpa mahu menerima cinta baru kerana merasakan belum bersedia lagi.



Payah juga baginya mencari lelaki dengan ciri-ciri persis arwah suaminya itu. Baginya, beliau lebih fikirkan tentang masa depan Noah, anak tunggalnya itu.



"Kalau mencari seorang lelaki itu bukan buat menjadi pasangan saya tetapi lebih bagi mendampingi Noah dan mengajarnya perkara-perkara yang saya sendiri tidak mampu ajarkan," jelas pelantun lagu Cinta Sejati.



Pada 22 Mac tahun lalu, beliau menyambut ulang tahun ke-37 buat pertama kali tanpa Ashraf. Kerana teman-teman tidak dapat mengunjunginya dek sekatan pergerakan pandemik Covid-19, Bunga bersyukur ditemani anggota keluarga, pembantu rumah dan Noah.



"Selalunya, cuma saya dan Ashraf sahaja. Noah juga tidur sebab sudah lewat malam. Tapi kerana dia menyedari bapanya tiada, dia sanggup bangun menemani saya dan meraikannya dengan memotong kek. Saya hanya mampu menangis ketika itu," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >