Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ringgit naik capai nilai tertinggi dalam tiga bulan

Jan 22, 2016 | 03:46 PM



KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia naik paling tinggi dalam tiga bulan pada Jumaat, apabila pemulihan dalam minyak mentah Brent merangsang sentimen berikut penjualan global saham kerana pertumbuhan perlahan di China.


Minyak mentah Brent meningkat semula hampir 7 peratus dalam dua hari daripada paras terendah sejak 2003, meningkatkan prospek pengeksport minyak utama di Asia.


Ringgit naik 1.5 peratus kepada 4.3175 setiap dolar Amerika pada 1.49 petang di Kuala Lumpur pada Jumaat, keuntungan terbesar sejak 23 Oktober, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg.


Kenaikan itu mengurangkan penurunan ringgit pada 2016 kepada 0.6 peratus, selepas ia jatuh 19 peratus tahun lalu.


Ringgit juga mengukuh ketara berbanding mata wang dolar Singapura pada Jumaat, dengan satu dolar Singapura bernilai 3.0170 ringgit pada 2.30 petang, turun 0.9 peratus daripada kadar penutup pada Khamis, 3.0444.


Setakat tahun ini, Singdollar mencapai tinggi 3.0829 terhadap ringgit.


Ringgit sedang stabil selepas kejatuhan terburuk sejak krisis kewangan Asia tahun lalu, dengan semua perhatiana tertumpu pada semakan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu depan, sedang negara pengeksport minyak itu terjejas oleh kemerosotan harga komoditi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >