Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RINGKAS

Hetty rindu cucu di Indonesia

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



KALAU diikutkan hatinya yang merindui, memang sedih dan berat buat penghibur legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, berjauhan daripada keluarga di Indonesia.



Apatah pula, cucunya Arlo Astrodistira Arsanda baru sahaja lahir tiga bulan lalu. Lantaran itu, belum puas bermanja.



Sungguhpun begitu, Hetty, 64 tahun, akur pada jemputan pihak Astro Ria baginya menggalas amanah sebagai juri tetap peraduan realiti Gegar Vaganza 8 (GV8), yang baru sahaja bersiaran di kaca televisyen kelmarin.



Beliau enggan menghampakan pihak Astro dan peminat rancangan tersebut yang ingin sekali melihatnya memberi komen membina buat peserta peraduan itu.



"Ikutkan hati memang sedih dan berat juga hendak berjauhan dengan cucu, Arlo dan keluarga.



"Tetapi, inilah pengorbanan saya yang harus dilaksana sebaik mungkin apabila sudah bersetuju menjadi juri GV8. Malah, sekarang mudah jika rindu boleh buat panggilan video saja



"Tambahan pula, saya hanya beberapa bulan perlu menetap di Malaysia kerana tanggungjawab ini. Dijangka sehingga Januari 2022, saya akan berada di Malaysia sehingga pertandingan selesai.



"Insya-Allah, saya okey. Malaysia juga di hati saya umpama rumah kedua kerana kita negara serumpun," jelasnya dalam sidang media GV8, baru-baru ini, yang ditukil laman Harian Metro.



Hetty yang mesra disapa dengan panggilan Bunda dikenali kerana penggunaan kekata 'tembak' dalam ulasannya bagi setiap peserta dari awal peraduan GV3 lagi.



Apa yang dianggap lontaran suara yang baik, dikatanya 'tembaknya kena!'



Kelmarin, Hetty juga sedih tidak dapat menyambut ulang tahun pertama perkahwinan puterinya, Afifah Yusuf.



Namun, di pentas GV8, beliau turut mencuit hati ramai apabila meniru gaya peserta rok bertopeng, Bandi Amuk, menyanyi, sambil berkata:



"Saya tak tahu apa yang kamu ngomongkan. Mulutnya buka kecil, suaranya besar. Tapi pastikan lain kali buka mulutnya besar," jelasnya.



Beliau turut memberi semangat buat Nikki Palikat yang dianggap mampu menyanyikan lagu dengan nada suara persis bintang antarabangsa, Mariah Carey.



Adibah Noor pula disifatkannya sebagai 'Adele Malaysia' meskipun ketika diminta menyambung lirik lagu Adele, All I Ask, Adibah berkata: "Macam mana nak nyanyi? Tak ingat lirik..."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >