Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PANDANGAN

Risau pembangunan anak? Dapatkan intervensi awal

Mar 01, 2021 | 05:30 AM



BAGI setiap pasangan suami isteri, saat paling istimewa dalam hidup mereka ialah apabila menimang cahaya mata pertama dan mungkin kedua dan seterusnya.



Namun, saat istimewa in menjadi suatu yang sukar disangkakan apabila anak yang lahir adalah anak istimewa.



Anak sedemikian memerlukan lebih daripada kasih sayang. Mereka memerlukan sokongan dan sikap ibu bapa yang memahami tentang keistimewaan mereka.



Dengan keadaan masyarakat yang lebih sedar dan menerima hakikat anak istimewa serta bantuan yang ada, masa depan mereka kini lebih cerah.



Bagi anak istimewa, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kelainan dalam diri si kecil.



Apabila ini berlaku, sebaiknya ibu bapa mulai berasa bimbang bila anak menunjukkan ciri-ciri kelainan anak istimewa - tidak berkembang mengikut tumbesaran yang sewajarnya.



Ibu bapa perlu mengambil tindakan selanjutnya bila anak-anak menampakkan ciri-ciri ini.



Namun apakah ciri-ciri berlainan yang perlu diberi perhatian?



Dan kepada siapa boleh ibu bapa minta bantuan?



CIRI-CIRI ANAK KEPERLUAN KHAS



Kontak mata dan tidak fokus - umumnya anak-anak berkeperluan khas memiliki kontak mata yang tidak fokus.



Mereka akan kurang selesa jika harus bertentang mata dan memandang sesuatu terlalu lama.



Masalah berkomunikasi - Ciri selanjutnya ialah kesukaran berkomunikasi yang berpunca daripada perkembangan anak yang mengalami keterlewatan dari segi tumbesaran.



Lebih suka menyendiri - Menurut pakar, anak dengan keperluan khas biasanya lebih suka menyendiri. Mereka tidak suka berinteraksi dengan orang ramai di sekelilingnya bahkan dengan ibu bapanya sendiri. Mereka merasa selesa dengan dunianya sendiri.



Emosional - Meskipun anak-anak ini suka menyendiri mereka juga amat emosional. Emosional di sini bukan hanya lebih mudah marah, malah mengarah kepada perasaan kesepian, kemurungan, merasa berbeza, merasa tidak sama seperti teman-temannya yang lain dan banyak lagi.



BAGAIMANA DAPATKAN SOKONGAN?



Di Singapura terdapat program bagi kanak-kanak berkeperluan khas dengan tahap pembangunan yang berbeza di bawah Program Intervensi Awal bagi Bayi dan Kanak-kanak (EIPIC - Early Intervention Program for Infant & Children).



Mereka bukan sahaja membantu anak-anak ini malahan memberi harapan kepada ibu bapa dengan sokongan-sokongan yang diperlukan bagi mengendalikan rutin harian dan strategi mengawal tingkah laku anak-anak mereka.



Ibu bapa yang berminat boleh mendapatkan rujukan daripada klinik keluarga atau poliklinik untuk didiagnos di hospital.



Selepas mendapat pengesahan, kanak-kanak tersebut akan dirujuk kepada EIPIC dalam usaha meningkatkan potensi perkembangannya di pusat intervensi terdekat.



INTERVENSI AWAL



Kelewatan dalam bertutur selalunya menjadi satu tanda tentang adanya masalah perkembangan dalam kalangan anak-anak .



Menangani masaalah komunikasi dan perkembangan bahasa akan mengalak keluarga meneruskan usaha ke arah intervensi selanjutnya dan diagnosis awal akan memudahkan rawatan untuk mengatasi masalah anak-anak tersebut.



Intervensi awal menyediakan sokongan, sumber-sumber maklumat yang dapat membantu kemahiran komunikasi dan perkembangan anak-anak.



Ibu bapa akan merasa lebih yakin bekerjasama dengan ahli-ahli terapi yang bertauliah dan dengan secara langsung dapat memperbaiki hubungan antara anak, ibu bapa dan ahli terapi itu sendiri.



Intervensi awal akan dapat membantu anak-anak ini mengendalikan rasa ketidak puasan hati dan kesukaran berkomunikasi yang memang menjadi pencabar utama dalam menyediakan sokongan dan strategi selanjutnya.



Perkembangan komunikasi meletakkan tahap literasi yang bakal mempengaruhi kejayaan anak-anak ini di sekolah nanti.



Terdapat bukti yang menunjukkan penguasaan bahasa yang baik akan saling membantu anak-anak ini untuk berimaginasi, seterusnya membaca dan menulis.



Selain itu, intervensi awal juga mampu membantu keluarga menambah sokongan dalam kehidupan harian dan aktiviti bersama anak-anak mereka.



Ini dapat menyediakan peluang untuk anak-anak belajar bukan sahaja bermain tetapi juga membantu rutin harian mereka seperti memakai baju, mengosok gigi, menyediakan makanan, mandi, tidur, membantu ahli keluarga yang lain dan bermacam-macam lagi aktiviti lain.



Yang pasti intervensi awal juga membantu ahli keluarga memahami dengan lebih jelas tentang keperluan anak-anak ini dan membantu pencapaian mereka ke tahap yang diharapkan.



Bila anak-anak ini tahu apa yang diinginkan dan mereka tahu apa yang dijangkakan, mereka akan lebih mudah menjalani kegiatan harian dengan lebih seronok lagi.



Pada keseluruhannya intervensi awal di Singapura tidak hanya tertumpu kepada anak itu sahaja malah keluarga itu sendiri dalam usaha membantu anak-anak berkeperluan khas menghadapi kehidupan yang penuh mencabar.



Saya akhiri tulisan saya ini dengan kata-kata motivasi untuk ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas:



"Setiap anak itu adalah bintang dengan caranya sendiri. Terpulang kepada kita ibu bapanya bagaimana menemukan bintang itu di dalam diri anak, kerana tidak mustahil ibu bapa itu sendiri yang memadamkan sinar bintang anaknya sebelum bintang itu benar-benar terlihat bersinar."



Penulis Pengetua Jagaan Kanak-Kanak Pendidikan Awal PPIS (Pasir Ris) yang pernah menghadiri program Pendidikan Keperluan Khas di Kolej Antarabangsa Asian selama lapan bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >