Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Rona Hati Seorang Isteri

Apr 03, 2022 | 05:30 AM



Kata umi, kita perempuan harus menjaga rona hati agar sentiasa

berseri. Jangan sesekali biarkan ia pudar atau pun tercemar sampai

boleh merayap hingga ke ruang paling gelap sekalipun diselimuti

panas suasana yang tak direlakan. Seorang isteri hanyalah seorang

perempuan biasa tapi luar biasa dalam merafakkan setia, yang

mencari hati suaminya di dalam gelombang laut rumahtangga yang tak

bebas daripada panas cabaran dan tak juga terlepas daripada gelora

dugaan. Juga, jika tersepit di tengah-tengah kekeruhan sungai

suasana, kita perempuan sebagai isteri yang tersayang, tak akan

terang-terang meluahkan kemarahan. Biarkan saja jeritan kepedihan

mengalir ke laut sabar yang dalam. Atau curahkan ke laut gelombang

panas. Usah berkicau racau, kerana paus ketabahan akan

membawanya pergi. Dalam diam, diriuhkan jawapan yang berulit

segala-galanya yang tak mustahil melukai hati dengan ketawa.

Gugurkan air mata hanya untuk diri sendiri. Puncaknya ubah diri untuk

menjadi orang yang lebih bijak dan dewasa serta berjaya diuji. Dalam

diam tapi tak diam, pelbagai bunga persoalan berkembang di hatiku,

bukan kerana menyangsi kata-kata keramat umi. Cuma, sebagai

pendengar setia, dalam usia yang belum begitu ranum, benarkah rona

hati itu akan benar-benar berseri tanpa ragu tanpa keliru, kerana aku

baru saja meniti alam rumahtangga. Sebagai isteri yang baru dinikahi,

aku taksub dengan bau sarat harum bunga pengantin baru, begitu

pekat dan mengasyikkan lagi menghambat kalbu yang lebat dihujani

bisikan cinta menggelinjang atma, hingga terasa ujian itu begitu malu

lalu bersembunyi di balik tabir malam yang dingin dan belum lagi

cukup panas untuk dimulakan.



PETER AUGUSTINE GOH




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >