Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Rugi besar akibat jumlah pelanggan merosot banyak

F&B
Aug 01, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN perniagaan nasi padang beliau sedang mengalami kerugian besar akibat sekatan Covid-19 terkini yang dikenakan atas sektor makanan dan minuman (F&B), pemilik Aroma Kampung, Cik Siti Khadijah Mukhit, sedang berusaha untuk memastikan harga makanannya rendah dan terus dimampui.



Ini, menurutnya, untuk menarik pelanggan memandangkan jumlah mereka yang ke kedainya merosot dengan banyak.



Malah, Cik Khadijah, yang baru sahaja beberapa minggu lalu memperluas perniagaannya dan membuka restoran makanan Melayu dan Barat baru, 1819, di Boat Quay bersama rakan kongsinya terpaksa menghentikan operasi di kedai tersebut buat sementara waktu.



Ketika dihubungi Berita Minggu (BM), Cik Khadijah, 49 tahun, berkata:



"Kalau saya buka kedai untuk jual nasi padang di 1819, saya perlu mengerahkan kakitangan untuk mengendali operasi di situ.



"Kalau ada orang datang, nasib kami baik, jika tidak, ia betul-betul membazir tenaga kerja kami.



"Oleh kerana orang ramai tahu mereka tidak dapat menjamu selera di kedai, mereka tidak akan mahu berjalan kaki ke 1819 sekadar untuk membeli makanan untuk dibawa pulang. Lebih baik mereka memilih khidmat penghantaran."



Bagi kedai Aroma Kampung yang terletak di Kaki Bukit pula, Cik Khadjiah melihat jumlah pelanggan yang ke kedai itu merosot lebih 50 peratus.



Pelanggan beliau, yang sebelum ini turut terdiri daripada keluarga yang secara santai akan mengunjungi kedainya bagi menjamu selera, kini kebanyakannya terdiri daripada pekerja yang bekerja di kawasan perindustrian itu sahaja.



KADANGKALA ADA ORANG, KADANGKALA TAK ADA ORANG



"Kami sudah cuba mengurangkan jumlah hidangan yang kami masak, tetapi kadangkala ada orang, kadangkala tak ada orang... susah untuk kami sebagai peniaga mengagak," ujarnya yang meluahkan cabaran yang dihadapi hari demi hari.



Dalam pada itu, beliau juga mengurangkan kos makanannya dengan mengadakan menu khas setiap hari dengan harga serendah $5, berbanding $7 sebelum ini.



"Dalam tempoh Covid-19 ini ramai yang sengsara, bukan kami sahaja, jadi saya cuba buat yang terbaik untuk memastikan harga saya dimampui.



"Pada masa yang sama, bila saya jual murah, jumlah jualan juga meningkat," tambahnya.



KINI PERGIAT JUALAN DALAM TALIAN



Menurut Cik Khadijah, yang kini mempergiat penjualan dalam talian, beliau tidak menggunakan wadah penghantaran seperti foodpanda dan GrabFood memandangkan komisennya tinggi.



Justeru, beliau mengambil pesanan menerusi laman web sendiri dan menggunakan khidmat penghantaran yang komisennya lebih rendah.



Sejak beliau berkecimpung dalam bidang F&B pada 2014, Cik Khadjiah menyifatkan tempoh ini sebagai yang paling teruk buat perniagaannya, tetapi beliau tidak mahu berputus asa.



Sebaliknya, beliau mempunyai harapan tinggi agar keadaan bertambah baik bagi sektor ini.



Buat masa ini, beliau sudah membuat rayuan mendapatkan bantuan pemerintah dan sedang menantikan keputusannya.



"Jika lima orang tidak dapat berkumpul untuk makan bersama, dua orang pun sudah cukup baik.



"Saya belum lagi ingin berputus asa dan akan terus berusaha," ujarnya penuh harapan.




"Dalam tempoh Covid-19 ini ramai yang sengsara, bukan kami sahaja, jadi saya cuba buat yang terbaik untuk memastikan harga saya dimampui.

Pada masa yang sama, bila saya jual murah, jumlah jualan juga meningkat...

Jika lima orang tidak dapat berkumpul untuk makan bersama, dua orang pun sudah cukup baik...

Saya belum lagi ingin berputus asa dan akan terus berusaha."

- Cik Siti Khadijah Mukhit, pemilik kedai makan Aroma Kampung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >