Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Sajak Cinta

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Sajak Cinta

Sep 07, 2015 | 05:30 AM

Cinta
pernafasan yang berombak
memukul
memecah
tersimpul
kadangkala
seperti buih-buih putih
berkumpul lalu berderai
di tepian perasaan
Cinta
kadangkala berlutut kerananya
perasaan seperti lalang
tunduk pada arah angin yang meniupnya
bila kemarau hati
panas di hujung mentari
ia menjadi kering
lalu terbakar
abu-abu cinta dijilatnya
Cinta
tiada siapa yang mahu lari darinya
semakin jauh
semakin dekat
menyentuh
mengejar
kadangkala kita menjadi penghuni
yang tidak setia
Cinta di mana-mana
terkesan
terlarang
menggamit
kepalsuan
kemurungan
kebahagiaan
terkilan
Bohong
kalau tiada cinta di hati manusia
Bohong
kalau tiada manusia
jatuh cinta

A. KADIR PANDI

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3