Seorang pak cik teksi
letih dan kelaparan
di kedai kopi duduklah dia
termenung menatap jalan raya
untung rugi ligat dikira
beriring degup usia
dan ketik-ketik meter
hingga tiba pelayan tempang
usia muda dari seberang,
"Pak cik tak mahu makan ke?"
Dipandang redup wajahnya
sambil tersenyum dia berkata,
"Cukuplah air putih penghilang dahaga
modal belum lepas lagi
anak remaja baru telefon tadi
minta duit bayar yuran
kelas tambahan."
Sepuluh minit kemudian
pak cik mula memandu semula
anak di rumah terus seronok
bermain komputer
dari pagi hingga ke lewat senja
dan buku sekolah entah di mana.
HERMAN ROTHMAN
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
34
3
SAJAK
Episod Pak Cik Teksi
Mar 14, 2016 | 05:30 AM