Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

Sajak melayukah kamu?

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Sajak melayukah kamu?

Apr 02, 2014 | 06:49 PM

Melayu itu hanya serpihan bangsa
ada bak permata, ada hanya kaca
Melayu bukan agama
hanya keturunan kelompok berbeza
Melayu memang hebat
dahulukala
Melayu kian tenat
cuba periksa...
Melayukah kamu?
bila tanjak ditanggal
topi koboi dipakai?
Melayukah kamu?
syair gurindam asing di telinga
pantun seloka dianggap sama?
Melayukah kamu?
lidah bahasa rojak India
separuh Inggeris separuh Cina?
Melayukah kamu?
Abu Bakar dah jadi Ash Burn
nama pun pening nak sebut pening nak eja?
Melayukah kamu?
semangat kampung dah tiada lagi
nafas bersalib di bucu hati?
Melayukah kamu?
zapin dan inang menggalang risiko
bertukar corak tarian disko?
Melayukah kamu?
keris dulu menikam lawan
tetapi sekarang menikam kawan?
Melayukah kamu?
adat istiadat sudah dilupa
yang terpahat pun bukan milik kita?
Dimaki kita ketawa
diracun pun kita puja
Jati diri hilang ke mana
terkubur tak bernisan
tak berkeranda... `tak terkata!
Masih Melayukah kita?

ZAINOL ABI

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3