Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

CERTOT

Sambal Nasi Lemak

Nov 06, 2022 | 05:30 AM



Certot adalah ringkasan kepada cerita kontot. Akronim ini terdapat dalam buku tulisan ‘Teori Penulisan Kreatif’ oleh bahasawan Malaysia, Dr Othman Puteh, tetapi sejauh ini masih tidak diwartakan di dalam Kamus Dewan. Berbeza dengan cerpen, iaitu akronim bagi cerita pendek yang jumlah perkataannya mesti melebihi 500 patah perkataan, certot haruslah lebih pendek daripada itu. Strukturnya mesti kemas dan sempurna. Certot merujuk kepada cerita kontot yang jumlah perkataannya kurang daripada 500 patah perkataan. Kini terdapat sebilangan penulis muda yang menunjukkan kecenderungan menghasilkan certot. Berikut kita ikuti dua lagi certot.




"AMPUN Tuanku! Mohon jangan dipenggal kepala hamba! Hamba mohon ribuan maaf! Hamba akan cuba lagi! Ampun beribu ampun, Tuanku!"



"Kenapa harus beta memenggal kepala tuan hamba? Siapa pula yang akan memasak hidangan beta? Tuan hamba seorang tukang masak handalan.



"Tetapi, sayang seribu kali sayang. Kenapa sambal nasi lemak tuan hamba hancur! Tuan hamba tahu, betapa hilangnya nikmat rasa sepinggan nasi lemak, walaupun wangi dan lemak, tetapi rasa sambalnya belayar jauh ke lautan China Selatan!"



Tuanku Zamil memberi isyarat agar Tukang Masak Istana beredar dengan segera. Hidangan nasi lemak diperintah bawa kembali ke dapur. Tuanku Zamil duduk kembali di takhta, mengeluh.



Baginda rindu akan sambal nasi lemak Permaisuri Wani. Tidak ada tandingannya.



"Ampun Tuanku, hamba ada satu cadangan. Mohon hamba diberi keizinan."



*****************



"Ampun Tuanku, segala persiapan sudah hamba dan seisi istana uruskan. Empat orang tukang masak telah terpilih untuk beradu kehebatan."



Tuanku Zamil teruja. Belum pernah dalam sejarah di Kota Zamrud Putih diadakan pertandingan seperti ini.



Baginda melahirkan hasrat ingin menyaksi para tukang masak bertarung. Namun, Baginda dinasihatkan agar jangan bertemu agar pengadilan tidak berat sebelah. Baginda akur.



Terkecur air liur Baginda menghidu aroma sambal yang wangi. Tidak sabar Baginda hendak merasa hidangan-hidangan para tukang masak.



*********************



"Sedap sungguh sambal nasi lemak ini. Sama rasa seperti...."



"Sambal nasi lemak Permaisuri Wani? Maaf, Almarhum Permaisuri Wani. Sudah pasti sama rasa. Bonda kami yang menurunkan ilmu kepada kami. Ampun Tuanku!"



Tuanku Zamil terdiam. Diamati wajah Si Juara. Saling tidak tumpah. Deras degupan jantung bercampur gerun. Kenapa Baginda terasa serba salah?



"Tuanku. Mungkin kata-kata yang hendak hamba sampaikan adalah suara seorang hamba derhaka. Hamba sekeluarga tidak puas hati akan hukuman yang Tuanku jatuhkan ke atas Almarhum Permaisuri Wani.



"Tuanku sanggup korbankan dua nyawa hanya gara-gara sambal nasi lemak Almarhum Permaisuri Wani kurang sedap kerana terlupa bubuh belacan? Hamba mohon beredar. Hasrat hamba sudah tercapai. Ampun Tuanku beribu ampun."



Tuanku Zamil bungkam. Si Juara berlalu pergi tanpa mengambil habuan. Selera Baginda tertutup apabila memandang semangkuk sambal nasi lemak. Baginda mengharamkan hidangan nasi lemak di dalam istana serta-merta.



"Mungkin tindakan beta keterlaluan," Baginda berbicara sendiri. "Mungkin juga penyebab tutup aib. Mungkin. Hairan. Bagaimana Permaisuri Wani berbadan dua sedangkan Beta mandul?"




BIODATA PENULIS



PASIDAH RAHMAT aktif menulis cerpen sejak 1983 dengan cerpen pertama berjudul ‘Salah Sangka’ yang disiarkan dalam Berita Minggu pada 20 Februari 1983.



Beliau antara 35 peserta peraduan Mencari Kristal anjuran bersama BH dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) yang diadakan pada 2016 dan 2019.



Kini mula menulis sajak, syair dan sonian dan masih belajar menulis haiku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >