Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Cubit-cubit sayang' di Malam Lekek 1 & 2 sambil hargai sumbangan kepada artis

Nov 24, 2021 | 05:30 AM



KEPEDULIAN terhadap keperluan kebajikan dan kesejahteraan rakan seni yang uzur dan berpenyakit kronik, menyaksikan lebih 40 pelakon, penyanyi, pelawak dan penari bergabung tenaga menjayakan 'Malam Lekek 1 & 2' yang akan disiarkan pada 8 malam, Jumaat dan Sabtu ini.



Menerusi persembahan komedi ini, orang ramai boleh tonton 10 episod sitkom di Facebook Prihatin Singapura (https://www.facebook.com/prihatinsingapura) yang menampilkan artis baru dan mapan.



'Malam Lekek 1 dan 2' ini merupakan daya usaha pelakon veteran Joe Jasmi, atau nama sebenarnya Jasmi Md Nor yang juga Presiden Prihatin (Penggiat Seni Melayu Singapura).



Dalam pertemuannya dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini, Joe berkata, acara ini diadakan sebagai menghargai sokongan masyarakat dan peniaga yang sudi menghulurkan derma bagi projek amal yang dijalankan pihaknya.



Sejauh ini, Projek Makanan Amal Prihatin telah menarik sokongan sekitar 20 perniagaan, termasuk:



Al Nour's Kitchen, 1819 Restaurant By The Quay, Steak Me, 555HalalThai, Aroma Kampung, Le Fuse, CHIP Punya, Julie Bakes, Zoul Nasi Ayam Penyet, Broti, Jumain Satayfaction, Padi @ Bussorah, Dhia Cafe, Warong DY dan Segar Restaurant.



"Sejauh ini kami telah kumpul lebih $18,000 hasil derma orang ramai. Jadi kami rasa perlunya menghargai keprihatinan yang ditunjukkan. Maka timbullah idea untuk adakan 'Malam Lekek' ini. Iyalah, dalam kita serius, kita juga mahu berhibur dan bergelak ketawa," ujarnya.



Wang derma terkumpul akan disalurkan kepada artis dan penggiat seni yang uzur, berpenyakit kronik dan memerlukan bantuan kewangan seperti Mahadi Shor, Ahmad Indera dan Zamberi Abdul Fatah.



Acara amal ini adalah dengan kerjasama Perkumpulan Seni dan disokong Protrack Studio dan Al Rayyan Productions.



Tentang konsep acara ini, Joe berkata, tayangan amal perdana ini mengetengah lima episod pada setiap malam dengan setiap satu episod berlangsung selama 15 minit.



Dua artis mapan, Khairudin Samsudin dan Ahmad Stokin, akan berganding sebagai pengacara untuk siaran Jumaat malam, 26 November ini, sementara dua pelawak veteran, Husin Saaban dan Yusoff Maruwi, akan berpasangan bagi tayangan malam kedua, keesokannya.



"Keempat-empat mereka punya daya tarikan dan keistimewaan tersendiri yang kami rasa boleh buat penonton terus 'melekat' menonton sitkom kami dari mula hingga akhir," kata Joe, yang turut berperanan sebagai penulis dan pengarah bagi empat daripada 10 sitkom ini.



Tulang belakang bagi penerbitan kesemua 10 episod sitkom ini ialah Keatar HM, yang juga berlakon, menghasilkan skrip dan mengarah.



Antara sitkom itu ialah: 'Tipah Tertipu', 'Terdesak', 'Madu Tiga', 'Mak Cik Bawang', 'Abam Legend', 'Tiga Samdol', 'Salin Kulit', dan 'Hantu'.



"Apa yang dipaparkan adalah hasil pengalaman kehidupan. Jadi dalam lawak seloka ni, ada diselit sindir pesan dan cubit-cubit sayang," kata Khairudin yang ditemui di Protrack Studio di Jalan Bukit Merah.



Antara pelakon dan pelawak yang menjayakan 'Malam Lekek 1 dan Malam Lekek 2' termasuklah:



Sahfudin Mahfudz, Zaleha Hamid, Olyn Saleh, Hamzah Adon, Norsiah Abdul Hamid, BJ Kadir, Shariff Mohd Shahar, Hashimah Hamidon, Nordalifah Mohd Shahril, Ryzall Noh, Junaidah Noh, Rahim Jambul, Nurijah Sahat, Ramlan Rasidi, Mariana Yati, Rozita Abu, Noreda Suhoot, Man Toyak, Aziz Amin, Hassan Osman, Kumpulan Bora, Zack Bangkak, Ariff Esa, Endang Rahayu, Gloria Tan, Jun Belon, Norlela (Kolej Komedi), Sylvester Goh, Danish Ashraff, Abang Zac, Rizal Rahiman dan Lan Tapai.



 




​INGIN MENDERMA UNTUK PROJEK AMAL PRIHATIN?



Orang ramai yang ingin menderma untuk Projek Amal Prihatin, boleh menyumbang ke akaun Maybank Perkumpulan Seni, menerusi nombor akaun:



04101007077 atau menerusi Paynow: UEN S57SS0019A.



Projek Amal Prihatin berakhir 31 Disember in




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >