Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Sandalku Milikmu

Feb 14, 2014 | 03:35 PM

Berikan sandalku padanya
sesekali biarku rasai apa yang engkau rasa
memijak kehidupan yang serba kekurangan
dan merasai kebenaran tarikan bumi padaku
yang padamu masih ada bahagia.
Pakailah...
walau di mataku ia kebesaran
engkau akan rasa selesa
seperti aku yang tadi
kerana sekarang aku adalah orang baru
mendekatkan hati dengan rasa kemanusiaan.
Sandal
itu sekarang milikmu
senyumlah...
aku tumpang merasakan kebahagiaan ini
biarpun kepincanganmu kelihatan
biarpun bajumu tercarik
dan ada yang menumpang
sisa perca... di sana sini
lusuh :lesu
Kecomotanmu nyata
tidak melambangkan
sama di hatimu.
Wajahmu bercerita
dari sinar mata berkaca-kaca
kau bagai anak syurga
kau masih bisa tersenyum...ya
bagai mendapat permata;
tawa.
Bibirmu
syahdu
senyummu
menutup debu
yang berterbangan lalu
dalam kamar duniamu.
Tuhan Maha Adil
bumi-Mu yang kupijak; kerdil
dipenuhi nikmat-Mu
biarpun sementara buatku.

KAMARIA BUANG

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3