Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Sandra masih trauma selepas tujuh tahun rumah diceroboh

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Sandra masih trauma selepas tujuh tahun rumah diceroboh

Dec 09, 2021 | 05:30 AM

JIKA anak angkatnya, Laila, berdepan dengan trauma akibat hidup tanpa keluarga sebenar, pelakon Sandra Bullock masih lagi dihantui perasaan serupa setelah rumahnya dicerobohi lelaki yang tidak dikenali pada 2014.

Meskipun sudah tujuh tahun perkara ini berlalu, Bullock, 57 tahun, masih berasa takut dan mengakui sukar tidur pada waktu malam kerana bimbang kejadian sama akan berulang.

Dalam satu rencana yang dilaporkan laman Kosmo!, Bullock menjelaskan dirinya sangat panik dan terfikir mungkin waktu itu menjadi hari terakhirnya hidup di dunia.

Bullock ibarat yakin beliau akan mati dibunuh lelaki bernama Joshua James Corbett itu.

"Semasa kejadian, saya bersembunyi di satu ruang almari dan berasa sangat takut. Mungkin hari tersebut menjadi hari terakhir saya hidup. Polis akan menemui mayat saya pada keesokan harinya," ujar Bullock.

Semasa kejadian, Bullock tinggal bersendirian, manakala anaknya, Louis, tidak ada di situ kerana bermalam di rumah pembantu peribadinya.

Bullock bagaimanapun terselamat apabila beliau sempat menghubungi talian bantuan kecemasan sebelum penceroboh rumahnya diberkas pihak berkuasa.

Namun, lelaki terbabit akhirnya mati kerana membunuh diri dengan mengelar kedua-dua lengan dan salah satu kakinya sejurus ditangkap.

Corbett, 42 tahun, dikatakan mempunyai isu mental meskipun kadangkala kelihatan lemah lembut dan berbudi.

Di dalam fikirannya, Bullock adalah isterinya dan mereka mempunyai anak bersama.

"Terdapat garisan tipis antara cinta dan benci. Dari sudut pemikiran seorang peminat gila seperti Corbett, dia dapat rasakan kaitan rapat dan peribadi dengan Bullock.

"Apabila cintanya tidak berbalas, itulah yang membuatnya mula mengganas," jelas pakar psikologi budaya selebriti dari AETHOS Consulting Group, Jim Houran, yang menjalankan kajian tentang pengintai selebriti kepada laman news.com.au pula.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3