Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Satu saluran ke arah kesefahaman

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana
37
3

Satu saluran ke arah kesefahaman

Sabtu, 11 Januari 2014
Jan 11, 2014 | 06:00 AM

WALAUPUN hakikat Singapura negara majmuk tidak putus-putus ditekankan, kita kekadang mendapat sungutan atau rasa kurang puas hati mengenai isu berkaitan penggunaan bahasa. Terbaru ini terdapat reaksi mengenai acara "Celebrate TV50" bagi menyambut ketibaan Tahun Baru 2014 dan ulang tahun ke-50 siaran televisyen tempatan. Ia menggunakan lebih banyak bahasa Mandarin hingga dirunguti penonton yang tidak bertutur bahasa itu dan warga yang berasa kaum minoriti, termasuk Melayu dan India, tidak cukup diwakili.

Oleh itu, keprihatinan MediaCorp, seperti dalam penjelasannya kemudian, bahawa ia seharusnya melakukan lebih lagi untuk mendekati penonton Channel 5 dalam penyiaran acara itu amat dialu-alukan. Juga dialu-alukan adalah penjelasan mengenai komitmennya untuk terus berusaha mendapatkan keseimbangan yang betul dari segi kandungan bahasa bagi acara-acara sedemikian pada masa depan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3