Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Saudi, Mesir setuju lancar dana pelaburan AS$16 bilion

Turut setuju bina jambatan rentasi Laut Merah
Apr 10, 2016 | 08:31 PM

KAHERAH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud telah mengumumkan rancangan untuk membina sebuah jembatan merentasi Laut Merah yang menghubungkan kededua negara itu sebagai menyokong pemerintahan di bawah pimpinan Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah el-Sisi, menyusuli satu pertemuan di Istana Ittahidiya di Kaherah.

Raja berusia 80 tahun itu sedang dalam lawatan lima hari ke Mesir, sesuatu yang jarang dilakukannya, dan dilihat ramai sebagai menunjukkan sokongannya yang jelas terhadap Encik Sisi, bekas ketua tentera yang menumbangkan Presiden Mohamed Morsi pada 2013.

"Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, President Abdel Fattah al-Sisi untuk membina sebuah jembatan untuk menghubungkan kededua negara.

"Langkah bersejarah untuk menghubungkan kededua benua Afrika dan Asia, merupakan transformasi kualitatif yang akan dapat meningkatkan perdagangan di antara kededua benua pada paras yang tidak pernah dikecapi sebelum ini," kata Raja Salman.

Encik Sisi yang sebelum itu telah menyampaikan penghormatan tertinggi Mesir, Nile Collar kepada Raja Salman, menyarankan agar struktur itu dinamakan Jembatan Raja Salman Abdul Aziz.

Menyusuli pengumuman Raja Salman, wakil kededua negara menandatangani 17 perjanjian pelaburan dan memorandum persefahaman berjumlah sekitar AS$1.7 bilion (S$2.3 bilion).

Dalam pada itu, kededua negara itu juga menandatangani beberapa persetujuan, termasuk dana pelaburan $16 bilion.

Lebih dari 12 persetujuan lain termasuk memorandum persefahaman untuk membangunkan zon perindustrian di Mesir, juga telah diumumkan.

"Lawatan ini sebagai pengesahan ikrar persaudaraan dan perpaduan kededua negara.

"Saya percaya hubungan istimewa Mesir-Saudi ini akan membolehkan kita berdepan dengan cabaran bersama dan menangani secara serius sesiapa yang cuba membahayakan keselamatan negara Arab," kata Encik Sisi. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3