Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Sebatas garis nikmat

Aug 21, 2022 | 01:11 AM



Lebih Dari seribu malam

Lebih Dari penyatuan jiwa

Sedikit dari mengharap erti

Sedetik dari menafsir impi

tentunya kebiasaan memerhati

Adalah diam yang terindah



Lebih Dari sebaris kata-kata

Lebih Dari penyerahan diri-diri

Sedikit dari mengerti maksudnya kata

Dari relung terdalam tanpanya pupus

Titik kebersamaan



Lebih Dari mengenal erti budi

Lebih Dari menyatu antara DIA Dan Dirimu

Sedikit hanya sebatas garis nikmat menghambat

Dari sudut pandang yang berbeza beda

Tafsir juga takdir nyata



Tentunya pelayaran hayat

Tidak semudah butiran manis

seia-sekata

Tidak seindah layar rasa juga resa

Cantik di mata tidak mungkin tiada nodanya

Cerminan hati tidak terucap dengan kata

Hanya sebatas gerak laku mengiakan segala maksud makna tersirat



Dunia yang hanya sementara

Kita hanya bernafas sebelum kembali bernyawa

Kamu hanya setitik Dari zarah yang berjuang

setelah bersumpah setia

Aku hanyalah diriku walau Ada dirimu

Kerna kebersamaan itu telah berubah

Dalam kesendirian menuju

JalanNYA.



QARTEEKA EU




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >