Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Sebuah tasik, sebatang jalan, sebuah masjid

KARYA PETER AUGUSTINE GOH
May 18, 2015 | 05:30 AM

AKU masih memegang kejap hulu joran. Umpan masih belum mengena ikan. Sengaja aku biarkan angin 3.30 petang mengusap-usap rambutku yang bersikat belah tengah. Sekali gus mengusutkan rambutku di kiri dan kanan kepala. Aku mengetap-ngetap bibir. Sampai sekarang aku tidak faham dan tidak dapat baca maknanya. Makna suatu kelaziman yang dilakukan seorang lelaki bercapal hitam lusuh yang sudah masuk usia senja. Namun, dia masih bertenaga melakukan sesuatu perkara yang luar biasa. Aku rasa dia tidak gila. Gila semata-mata melontarkan kerikil demi kerikil ke dalam tasik. Tasik yang airnya nampak bening dan tenang. Sebening dan setenang hari Ahad yang mendung. Aku kata dia tidak gila kerana selepas berbuat begitu, dia akan setia ke masjid di hujung sebelah kanan. Untuk ke sana, harus melalui jalan di belakangku ini.

Gerimis ingin tahu menempias di sana sini dalam jiwaku sejak aku mula berjinak-jinak dengan bahagian kiri tasik ini. Sebelum ini aku memancing di sebelah kanan tasik, agak jauh dari sini. Entah macam mana, ada semacam kuasa mengheret kakiku ke sebelah sini. Di sinilah, hampir sebulan yang lalu aku nampak lelaki yang tinggi lampai dan bongkok sedikit dengan keluarbiasaannya. Keluarbiasaannya berulit keanehan. Keanehan inilah yang semakin lama semakin menjadi lebat. Lebat dengan air hajat untuk bertanyakan dia. Aku pun menyuntik jarum semangat dan beraniku untuk bertanyakan dia. Aku percaya ada cerita dan mungkin juga ada rahsia di sebalik keluarbiasaannya selama ini.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >