Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERGAS

Sedekah jariah kepada pembangunan asatizah

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



ZAKAT, infak, sedekah jariah, wakaf adalah antara amalan yang memberi kesan keadilan dalam sistem sosial kewangan Islam.



Seseorang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah akan dilipatgandakan pahala sehingga 700 kali ganda. Malah, Allah akan membalas lebih daripada itu, seperti mana firman-Nya dalam surah Al-Baqarah:



"Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha luas (rahmat) kurniaan-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya." (2:261)



Pada bulan Ramadan yang mulia ini, kita digalakkan membuat kebaikan kerana segala pahala akan digandakan.



Oleh itu, Ramadan yang penuh barakah ini menjadi peluang keemasan untuk kita membuat seberapa banyak amal jariah.



Kita diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah dan zakat harta, jika memenuhi syarat-syarat wajib zakat.



Wakaf pula adalah cabang sedekah yang membolehkan kita memanfaatkan ummah dan memanjangkan pahala, andai kita sudah tiada di dunia ini lagi.



Cara menderma dalam bentuk wakaf atau endowmen berbeza cirinya.



Kalau zakat, wang yang dikumpulkan mesti diagihkan keseluruhannya secepat mungkin dalam jangka masa setahun sebaiknya.



Sementara konsep wakaf adalah berbeza, dengan wang yang diberikan itu merupakan modal bagi meraih pendapatan.



Pendapatan inilah yang akan diagihkan kerana modal tidak pupus dan jika dikembangkan, ia dapat meraih pendapatan yang berpanjangan.



Rata-rata wakaf di Singapura telah dipelopori oleh filantropi yang telah mewujudkan sistem wakaf atau endowmen yang masih kekal lebih 200 tahun lamanya.



Umpamanya, Syed Ali Omar Aljunied, seorang peniaga dan dermawan yang telah mendermakan Masjid Omar Kampong Melaka yang ditubuhkan pada 1820.



Masjid itu masih kekal dan dimanfaatkan sebagai tempat solat dan pusat pengajian agama.



Alangkah besarnya pahala bagi orang yang mendirikan masjid itu dan ia masih kekal hingga ke hari ini.



Kini, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), juga telah mewujudkan dana endowmen iaitu dana yang bercirikan wakaf dalam bentuk khas bagi memampankan sumber dana Pergas untuk jangka panjang.



Sebagai penduduk minoriti di Singapura, pembelajaran agama amat penting dewasa ini bagi membentuk insan yang lebih lengkap dan bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar.



Pembimbing agama dalam kalangan asatizah penting dalam memastikan setiap orang Islam mendapat bimbingan yang baik dan cukup bagi menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.



Dana yang dinamakan Pergas sebagai Endowment Legasi Fund atau singkatannya "PERLU" - adalah dana yang dibentuk tahun lalu.



Semua sumbangan ihsan anda kepada dana 'PERLU' dikekalkan sebagai modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset pelaburan.



Hasil penjanaan pendapatan yang berterusan daripada pelaburan ini kemudian disalurkan kepada Pergas.



Justeru, anda yang menyumbang ke dana ini memainkan peranan penting dalam menyokong usaha yang menjamin kebajikan dan pembangunan asatizah bagi meneruskan khidmat kepada masyarakat Islam.



Presiden Pergas, Ustaz Hasbi Hassan, menjelaskan:



"Pelaksanaan endowmen ini menjadi satu keperluan supaya visi dan misi yang ingin dicapai oleh umat Islam di Singapura akan terus terpelihara.



"Selain itu, kita juga akan mendapat bimbingan daripada asatizah dan ulama dalam kehidupan kerohanian kita. Dengan bimbingan itu, aktiviti-aktiviti semasa kita di dunia akan sentiasa teratur, agar ia tidak bercanggah dengan kehendak Islam."



Marilah kita bersama melihara agama Islam dengan menyokong visi dan misi Pergas untuk sentiasa bersama membimbing masyarakat Islam dari aspek keagamaan supaya kita menjadi umat yang cemerlang di dunia dan akhirat.




"Pelaksanaan endowmen ini menjadi satu keperluan supaya visi dan misi yang ingin dicapai oleh umat Islam di Singapura akan terus terpelihara. Selain itu, kita juga akan mendapat bimbingan daripada asatizah dan ulama dalam kehidupan kerohanian kita. Dengan bimbingan itu, aktiviti-aktiviti semasa kita di dunia akan sentiasa teratur, agar ia tidak bercanggah dengan kehendak Islam."
- Presiden Pergas, Ustaz Hasbi Hassan.




CARA MENYUMBANG



Anda boleh bersedekah/berwakaf dengan membuat sumbangan anda ke dana "PERLU" melalui cara berikut:



- Lungsuri perlu.pergas.org.sg



- Pindahan wang OCBC 515086387001



- Nombor UEN S57SS0012G002



- Cek berpalang PERLU



- Penama di dalam Wasiat/Giro



- Telefon: 6904-8374



- E-mel: perlu@pergas.org.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >