Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sediakan makanan segar, panduan makan secara sihat

Sejak melancarkan daya usaha 'Growing Together with KidSTART' pada 2019 untuk bantu memberi kesan lebih besar bagi keluarga menerusi kerjasama masyarakat dengan pemerintah yang lebih mendalam, KidSTART berjaya menjalin perkongsian baru dan memperdalam perkongisan yang ada bersama beberapa syarikat. Baru-baru ini, BERITA HARIAN berpeluang mewawancara beberapa syarikat yang memainkan peranan penting dalam membantu mereka yang memerlukan. Ikuti laporan ini.
Jul 12, 2021 | 05:30 AM



MENOLONG orang ramai mendapatkan manfaat bagi kehidupan mereka adalah tujuan utama Prudential.



Dengan memanfaatkan kekuatan mereka bagi membuat perbezaan positif dalam masyarakat, Ketua Pelaburan Masyarakat, Cik Apriani Kartika, berkata KidSTART memberi mereka peluang terus melibatkan diri dengan benefisiari melalui program dan sokongan sukarelawan.



Katanya, pendekatan dalam masyarakat seperti ini sudah bermula pada 2018 dan telah berkembang secara berterusan selama bertahun-tahun.



Sejak 11 September 2020, ia didaftar sebagai KidSTART Singapore Limited (KSL) sebagai syarikat awam berhad yang dijamin (CLG) di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA).



Daya usaha KidSTART membantu kanak-kanak sehingga usia enam tahun dalam perkembangan mereka, zat pemakanan dan interaksi antara ibu bapa dengan anak.



Di bawah daya usaha 'Growing Together with KidSTART', Prudential merupakan antara syarikat korporat yang menjalin kerjasama untuk membantu mereka yang memerlukan.



Syarikat lain yang turut menjadi sebahagian daripada daya usaha itu termasuk SP Group dan The Lego Group serta Etonhouse Community Fund.



Pada Jun lalu, Prudential Singapore melanjutkan hubungan rakan kongsinya bersama KidSTART dalam program 'Healthy with KidSTART', dengan ia memberi pengetahuan asas kepada ibu bapa bagi menanam tabiat pemakanan yang sihat bagi anak-anak mereka.



Kata Cik Apriani, seramai 1,300 keluarga berpendapatan rendah meraih manfaat melalui program itu dengan menerima makanan segar dan panduan makan secara sihat tahun ini.



"Daya usaha ini menawarkan sumber pemakanan dan pendidikan kepada benefisiari KidSTART yang membantu mereka menetapkan asas yang baik bagi kanak-kanak dalam tahun-tahun awal mereka.



"Kanak-kanak memerlukan pemakanan yang baik semasa tempoh ini ketika mereka membesar dan mempelajari minat dalam makanan yang mereka suka," katanya.



Program ini, yang dilancarkan pada November 2020, telah memberi manfaat kepada 800 keluarga yang menerima pakej makanan sihat termasuk makanan untuk bayi dan kanak-kanak kecil.



Daripada jumlah itu, 120 keluarga dengan keperluan makanan menerima sumber makanan segar selama tiga bulan di antara Oktober dengan Disember 2020.



"Dengan membantu kanak-kanak ini memupuk tabiat pemakanan awal, kami dapat membantu mereka membesar agar menjadi orang dewasa yang sihat dan membolehkan mereka mencapai keputusan yang baik dalam kehidupan mereka," tambah Cik Apriani.



Selain daripada program 'Healthy with KidSTART', Prudential turut menawarkan kegiatan lain sejak 2018.



Dalam kerjasama pertama pada 2018, Prudential Singapura menaja karnival KidSTART 'Grow and Learn' di Jalan Bukit Merah. Karnival yang menawarkan pelbagai sesi untuk benefisiari KidSTART menyaksikan seramai 200 kanak-kanak dan ahli keluarga dalam acara tersebut.



Pada hujung 2019, dengan kerjasama The Boys' Brigade bagi kempen 'Share-aGift', mereka mengagihkan sebanyak 650 bungkusan khas kepada 650 kanak-kanak KidSTART.



Bungkusan itu termasuk barangan keperluan seperti berus gigi, makanan sihat dan produk menjaga kebersihan.



Bagi membolehkan keluarga KidSTART terus mendekati pasukannya, Prudential Singapura juga menaja tablet kepada 100 keluarga KidSTART semasa tempoh Pemutus Litar tahun lalu.



Mengulas mengenai program yang dijalankan, Cik Apriani berkata tujuan Prudential seiras dengan KidSTART untuk membantu kanak-kanak dalam tahun-tahun awal mereka dan berharap dapat terus memberi sokongan.



"Selama bertahun-tahun, ramai keluarga telah memanfaatkan pelbagai daya usaha yang dijalankan oleh Prudential dengan kerjasama KidSTART.



"Dengan kerjasama ini juga, kami akan dapat mengunakan kekuatan kita, kita berharap dapat terus memberi kesan positif dalam masyarakat," ujarnya.




KidSTART



  • Kali pertama diperkenal empat tahun lalu di Kreta Ayer, Bukit Merah, Taman Jurong, Boon Lay dan Geylang Serai, ia kemudian berkembang ke Woodlands, Bedok dan Sembawang pada tahun kewangan 2020.

  • Pada tahun kewangan 2021 pula, ia berkembang ke Ang Mo Kio, Yishun dan kemudian Choa Chu Kang, Bukit Batok dan Bukit Panjang.

  • KidSTART mempunyai tiga komponen program:

(1) Di rumah: Program lawatan ke rumah ini membimbing ibu hamil dan ibu bapa/pengasuh bayi yang baru dilahirkan dengan pengetahuan dalam pendidikan awal anak, kesihatan dan pemakanan anak mereka sehingga berusia tiga tahun.



(2) Dalam masyarakat: Melalui kumpulan KidSTART, fasilitator akan membimbing ibu bapa/ pengasuh dengan cara bagaimana mendekati anak mereka pada usia satu hingga tiga tahun melalui sesi mingguan, untuk meningkatkan kemahiran dan mengeratkan lagi ikatan keluarga itu.



(3) Prasekolah: Melalui sokongan tambahan ke prasekolah, Memperkasa Kanak-Kanak (CEE) dikerahkan ke prasekolah terpilih untuk bekerjasama dengan guru, ibu bapa dan rakan masyarakat bagi menyokong anak-anak KidSTART supaya dapat menghadiri dan bersedia untuk ke sekolah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >