Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Segalanya boleh berubah wajah

May 15, 2022 | 05:30 AM

Apa yang pasti iklim juga tidak menepati janji
apatah lagi kata-kata dari peramal cuaca
tentang pasang surut laut dan ombak bergelora.
Aku dengar
teriakan camar dan anjing laut tidak pernah senada
bisikan bayu dan langit mendung tidak lagi berahsia
apatah lagi derai hujan yang datang dari gunung
dan jejari mentari yang berinai warna pelangi.

Segalanya boleh berubah makna
seperti dinginnya rindu dan nyalanya cemburu
apatah lagi samar cahaya dari sebuah pelita
tidak terbakar kamar cinta yang berjelaga.
Aku lihat
cumbuan dan janji tergantung di jendela hari
penantian dan harapan berbunga di kapuk mimpi
apatah lagi bilah-bilah kenangan yang menghiris
dan luka semalam yang mengalirkan airmata.

Tatkala kau tinggalkan kata-kata perpisahan
segala-galanya boleh berubah wajah
nafsu yang liar berligar bagai taufan
diri yang gersang bergelora bagai ombak.
Aku pandang
wajahmu hanya carikan merah di langit petang
dan tubuhmu mula menghitam ke puncak malam.Apa yang pasti waktu juga tidak selalu membisu
apatah lagi bayanganmu yang tersangkut di pintu.
Aku tahu
kita biarkan siang bertambah asing
saban malam kehilangan bingkainya
dan cemburu menikam ruang di kepala.
Demi kebebasan yang berubah wajah
kau adalah anjing laut yang pandai menyelam

dan aku seekor camar yang berligar di angkasa.

HAMED ISMAIL

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3