Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Segera dapatkan rawatan jika terjatuh, usah setakat sapu krim pada luka

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pesakit wanita yang berusia 70 tahun terjatuh lalu mengalami luka kecil di kaki kanannya.



Menyangka ia kecederaan kecil, beliau menyapu krim antiseptik dan memantaunya.



Lima hari kemudian, beliau terjatuh semasa berdiri dan mengalami kecederaan pada lutut kirinya.



Ini mengakibatkan lutut kirinya itu bengkak dan terasa sakit sehingga beliau tidak mampu berdiri.



Menceritakan kisah pesakit itu doktor keluarga di Pusat Jagaan Segera (UCC) di Admiralty, Woodlands Health, Dr Vinodhini Elangovan, berkata pesakit itu sebenarnya telah mula mendapatkan ubat antitekanan darah tinggi sepanjang dua bulan sebelum itu.



Beliau kadang kala mengalami rasa pening apabila berdiri terlalu pantas.



"Anggota keluarganya kemudian membawanya ke UCC apabila menyedari yang beliau tidak mampu berdiri dan menyangka sesuatu yang lebih serius mungkin telah berlaku.



"Di UCC, satu penilaian menyeluruh ke atas isu beliau terjatuh telah dilakukan.



"Tekanan darahnya semasa beliau baring dan berdiri telah dinilai - menunjukkan tekanan darahnya menjunam.



"Satu imbasan X-ray ke atas lutut kirinya juga dilakukan dan menunjukkan bahawa penutup lutut kirinya retak. Kakinya kemudian terpaksa dibalut sepenuhnya di UCC," cerita Dr Elangovan.



Ubat tekanan darahnya kemudian ditukar dan beliau dilatih mengubah suai beberapa tingkah lakunya.



Rawatan susulan di poliklinik juga dibuat bagi memantau semula tekanan darahnya selain temu janji dibuat dengan pasukan bedah ortopedik di hospital.



Warga senja itu yang telah berjumpa dengan doktor ortopedik kini sedang beransur pulih dan sesi fisioterapi telah dirancang untuknya.



Mujur bagi warga senja itu kesan keretakan yang dialami tidak begitu teruk dan beliau tidak diperlukan menjalani prosedur pembedahan.



"Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, beliau mungkin mengalami keretakan yang lebih melemahkan seperti keretakan pinggul dan ini mungkin boleh menjejas pergerakannya dalam jangka panjang," tambah Dr Elangovan.




APA YANG ANDA PERLU TAHU



Kesan akibat jatuh



Kecederaan akibat jatuh termasuk tulang patah dan kecederaan serius yang lain.



Selepas jatuh, kesan akibat tidak bergerak untuk tempoh panjang adalah:



Atrofi otot;

Kekakuan sendi;

Kudis tekanan;

Dehidrasi;

Radang paru-paru;

Darah membeku di dalam saluran darah;

Tekanan darah rendah;

Tulang rapuh;



Kecederaan sekundar akibat tidak bergerak untuk tempoh panjang;



Tidak boleh bangun semula selepas jatuh dan peningkatan kepergantungan kepada penjaga;



Kesan psikologi boleh mengakibatkan kehilangan keyakinan, takut jatuh, kebimbangan dan kemurungan.



Apa yang perlu dilakukan jika terjatuh



  • Jika penjaga melihat warga emas jatuh, dia perlu menahan keinginan untuk membangunkan warga emas itu dengan segera.

- Terlebih dahulu, periksa keadaan warga emas tersebut untuk tanda-tanda berikut:



- adakah warga emas sedar atau tidak?



- adakah warga emas kelihatan cedera atau mengalami patah tulang?



- menenangkan warga emas.



  • Jika warga emas tidak boleh bangun sendiri, penjaga boleh mengambil langkah-langkah berikut:

- Panggil bantuan dengan segera;



- Melakukan pertolongan cemas,



- Cuba membantu warga emas untuk mencari posisi yang selesa dan tidak menyakitkan;



- Memastikan suhu badan terjaga dengan menggunakan pakaian atau selimut.



  • Jika warga emas itu ternyata dapat bangun dengan sendiri, ikuti langkah di bawah dengan teliti:

- Bawa kerusi yang stabil berhampiran dengan pesakit;



- membantu warga emas untuk pusing ke sebelah;



- bengkokkan kaki atas dan membantu pesakit kepada kedudukan separa duduk;



- Penjaga berada di belakang warga emas dan membuat cengkaman yang kukuh pada pinggul;



- Membantu warga emas dalam posisi merangkak dengan meletakkan kedua- dua tangan di atas kerusi.



  • Sebab-sebab untuk membawa warga emas untuk berjumpa dengan doktor termasuklah:

- Hilang kesedaran, mungkin singkat, sebelum atau selepas terjatuh;



- Sebarang kecederaan;



- Kesakitan yang amat sangat atau berterusan;



- Pening atau sakit kepala;



- Loya atau muntah-muntah



- Rasa lemah;



- Alami masalah penglihatan



Pencegahan



- Memastikan persekitaran yang selamat;



- Memakai kasut yang sesuai;



- Membantu warga emas untuk merancang bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika mereka terjatuh;



- Penjaga perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan alat panggilan kecemasan atau telefon;



- Memberi kunci rumah warga emas kepada seseorang yang mereka percayai yang boleh menggunakannya dalam keadaan kecemasan;



- Penjaga perlu berfikir tentang apa yang warga emas boleh lakukan untuk mendapatkan bantuan jika mereka terjatuh pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >