Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UNDANG-UNDANG DAN ANDA: BERSAMA

Segera lapor polis, tunjuk bukti jika anda mangsa salah laku seks

Apr 04, 2021 | 05:30 AM



Apakah rogol atau serangan seksual?



PEMERKOSAAN berlaku apabila seorang lelaki menembusi faraj, dubur atau mulut seseorang tanpa persetujuan orang itu.



Persetujuan merujuk kepada seseorang yang bersetuju dengan tindakan seksual itu dan melakukannya secara sukarela.



Orang yang memberikan persetujuan tidak semestinya diugut untuk melakukannya, atau dipengaruhi dalam membuat keputusannya.



Orang yang memberikan persetujuan pula tidak salah faham tentang apa yang dipersetujui.



Persetujuan juga boleh dilucutkan sekiranya orang itu dalam keadaan mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah.



Setakat Januari 2020, lelaki juga boleh didapati bersalah melakukan pemerkosaan walaupun melakukan aktiviti seksual dengan isteri mereka.



Ini berlaku sekiranya isteri mereka tidak memberikan persetujuan yang sewajarnya untuk melakukan aktiviti tersebut.



Untuk kesalahan rogol, Mahkamah Singapura menggunakan pendekatan hukuman yang sama dengan pendekatan yang digunakan untuk kesalahan mencabul kehormatan.



Oleh kerana sifat pemerkosaan lebih teruk, parah, ia menjatuhkan hukuman yang lebih berat.



Berikut adalah kumpulan kesalahan yang berbeza:



Kumpulan 1



  • 10-13 tahun penjara, dan sekurang-kurangnya enam sebatan

  • 0 hingga satu faktor khusus kesalahan

Kumpulan 2



  • 13-17 tahun penjara, dan sekurang-kurangnya 12 sebatan

  • Dua atau lebih faktor khusus kesalahan

Kumpulan 3



  • 17-20 tahun penjara, dan sekurang-kurangnya 18 sebatan

  • Kes yang sangat serius

Titik permulaannya adalah untuk mengenal pasti kumpulan mana kesalahan tersebut.



Ini dilakukan dengan mempertimbangkan keadaan kes.



Selepas itu, mahkamah akan mempertimbangkan faktor-faktor 'khusus kesalahan' seperti rasa kesal, apakah pesalah mempunyai kesalahan sebelum ini, dan sama ada dia adalah pesalah muda - dalam menentukan hukuman tertentu bagi pesalah.



GANGGUAN SEKSUAL BUKAN FIZIKAL



Kesalahan seksual tidak semestinya bersifat fizikal. Malah tindakan gangguan seksual secara lisan diperakui oleh undang-undang.



Walaupun tidak ada peruntukan jelas dalam 'gangguan seksual' di Singapura, Akta Perlindungan daripada Gangguan memberikan hukuman jenayah terhadap segala jenis gangguan, merangkumi 'gangguan seksual' juga.



Di bawah Akta tersebut, seseorang boleh didapati bersalah atas gangguan jika dia menggunakan kata-kata, bertindak atau berkomunikasi dengan cara yang mengancam, kata-kata kesat atau menghina mangsa.



Gangguan masih boleh dilakukan tanpa mengira sama ada pelaku itu mempunyai niat untuk bertindak sedemikian.



Selagi apa yang dilakukannya 'mungkin' menimbulkan gangguan, mencemaskan atau kesusahan kepada mangsa, dia mungkin dihukum.



'STALKING' (MENGEKORI SESEORANG)



Sama seperti gangguan seksual, mangsa yang diekori seseorang dilindungi di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan.



Di bawah Akta tersebut, seseorang akan didapati bersalah sekiranya dia terlibat dalam tindakan yang berkaitan dengan mengekori seseorang yang menyebabkan gangguan, cemas atau kesusahan kepada mangsa.



Dia juga harus mempunyai niat, atau setidak-tidaknya telah mengetahui bahawa tindakannya itu mungkin menyebabkan kesan emosi kepada mangsa.



Tindakan stalking yang menyalahi undang-undang termasuklah mengikuti seseorang; merayau-rayau dekat rumah orang itu, memberi hadiah kepada seseorang walaupun disuruh menghentikannya atau berulang kali mengedarkan gambar orang itu di kalangan rakan-rakan.



APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA ANDA MENJADI MANGSA SALAH LAKU SEKSUAL?



Secara umum, tindakan terbaik adalah dengan membuat laporan polis secepat mungkin, dan menyerahkan bukti yang mungkin anda miliki untuk siasatan polis.



Untuk kesalahan gangguan seksual seperti penderaan seksual secara lisan atau pengekoran yang tidak sah, mangsa boleh memohon Perintah Perlindungan (PO) dari Mahkamah Negara.



Pelanggaran PO akan dikenakan hukuman kepada pesalah yang berupa denda dan/atau penjara.



Untuk bantuan lebih lanjut, mangsa juga boleh mendekati Penasihat Gangguan dan Diskriminasi di Tempat Kerja (WDHA) jika mereka mengalami gangguan seksual di tempat kerja.



WDHA memberikan nasihat praktikal dan sokongan emosi untuk mana-mana mangsa, dan semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.



Bagi kesalahan seksual yang melibatkan penembusan/penetrasi, adalah satu langkah bijak untuk mengambil tindakan segera setelah berlaku kejadian tersebut.



Ini kerana bukti tertentu seperti DNA hanya berada di badan mangsa sehingga 72 jam.



Oleh itu, menghubungi polis secepat mungkin adalah tindakan terbaik. Mangsa kemudian akan menjalani pemeriksaan perubatan forensik, dengan bukti akan dikumpulkan. Bukti sedemikian akan memainkan peranan penting dalam pendakwaan pesalah.



Namun begitu, dapat difahami bahawa pengalaman seperti itu merupakan trauma kepada mangsa - mereka mungkin memerlukan masa untuk melangkah dengan berani melaporkan kejadian.



Bagaimanapun, polis menggunakan pendekatan yang berhemah terhadap mangsa dengan memastikan bahawa kes tersebut dapat dilaporkan tanpa mengira waktu ia berlaku.



Selanjutnya, keseluruhan proses undang-undang juga memenuhi keperluan mangsa.



Mangsa dibenarkan memberi keterangan secara tertutup, memberi keterangan di sebalik layar fizikal di mahkamah atau memberi keterangan melalui pautan video di sebuah ruangan di luar mahkamah.



Mahkamah juga telah menetapkan 'Program Sokongan Saksi' untuk saksi/mangsa yang rentan yang harus memberikan bukti di mahkamah.



Konsesi ini telah diperkenalkan untuk mengurangkan segala bentuk ugutan yang mungkin dirasakan oleh mangsa ketika memutuskan untuk meneruskan kes jenayah tersebut.



Berikut adalah beberapa talian bantuan badan-badan berkenaan seperti yang disebutkan di atas:



  • Penasihat Gangguan dan Diskriminasi di Tempat Kerja (WDHA) : 6950-9191

  • Program Sokongan Saksi: 1800 JUSTICE (1800-587-8423)

  • Pusat Penjagaan Serangan Seksual: 6779-0282

PERUBAHAN PADA HUKUMAN



Dengan meningkatnya trend kesalahan seksual, hukuman maksimum untuk tiga jenis kesalahan seksual juga lebih berat.



Ini kerana Pemerintah berusaha memberikan isyarat pencegahan terhadap jenayah tersebut.



Pindaan yang dicadangkan itu muncul setelah kajian semula terhadap hukuman atas kesalahan seksual yang dijalankan oleh Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Pertama, panel semakan mencadangkan untuk meningkatkan hukuman maksimum bagi kesalahan mencabul kehormatan dari dua kepada tiga tahun penjara.



Kedua, hukuman untuk dua kesalahan yang melibatkan komunikasi seksual dengan mangsa di bawah umur juga akan meningkat daripada satu kepada dua tahun penjara.



Selanjutnya, Encik Shanmugam telah menjelaskan bahawa kelayakan pendidikan atau prospek pelaku dalam kehidupan tidak akan diambil kira sebagai pertimbangan hukuman.



Beliau telah menyatakan bahawa tidak ada "alasan untuk kesalahan (seksual) ini", dan "rayuan untuk mengurangkan hukuman berdasarkan kelayakan pendidikan atau potensi akademik tidak harus diberi banyak pertimbangan."



Berdasarkan kata-katanya, pesalah dari latar belakang pendidikan yang lebih berpotensi dari segi akademik seperti pelajar universiti, tidak akan mendapat sebarang konsesi dalam menjatuhkan hukuman terhadap mereka.



Kesalahan seksual telah menjadi perkara biasa di Singapura. Pemerintah dan pihak berwajib telah mengambil langkah yang jelas untuk memerangi pelaku.



Namun, kita akan melihat apakah perubahan ini berkesan atau apakah hukuman yang lebih keras harus diperkenalkan lagi pada masa depan untuk kesalahan seksual.




"Setakat Januari 2020, lelaki juga boleh didapati bersalah melakukan pemerkosaan walaupun melakukan aktiviti seksual dengan isteri mereka. Ini berlaku sekiranya isteri mereka tidak memberikan persetujuan yang sewajarnya untuk melakukan aktiviti tersebut. Untuk kesalahan rogol, Mahkamah Singapura menggunakan hukuman yang sama dengan pendekatan yang digunakan untuk kesalahan mencabul kehormatan.''
- Penulis.




  • Penulis peguam dan pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP. Antara bidang undang-undang yang beliau amalkan ialah unsur pemindahan Hak, Undang-Undang Komersial dan Litigasi, Undang-Undang Korporat, Wasiat, Probet dan Pentadbiran Estet, Undang-Undang Keluarga, Adopsi dan Syariah, Surat Kuasa Wakil bagi flat HDB dan lain-lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >