Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Sekilas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BELANJAWAN: FOKUS: PERNIAGAAN

Sekilas

Feb 17, 2021 | 05:30 AM

Kuota Pas-S dikurang mulai 1 Jan 2022

MULAI 1 Januari tahun depan, syarikat-syarikat di sektor perkilangan hanya boleh memiliki hingga 18 peratus tenaga kerja yang terdiri dari pekerja asing dengan Pas-S.

Kuota ini akan dikurangkan lagi menjadi 15 peratus dari 1 Januari 2023.

Kuota keseluruhan - yang terdiri daripada pekerja dengan permit kerja dan Pas-S - untuk perkilangan akan kekal pada 60 peratus.

Pekerja dengan Pas-S ini mesti mendapat gaji bulanan tetap sekurang-kurangnya $2,500 dan biasanya mereka merupakan pemegang ijazah atau diploma, seperti teknisyen.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk meredakan kebergantungan Singapura terhadap buruh asing.

Sektor perkilangan menggajikan 450,000 pekerja atau 12 peratus dari tenaga kerja.

Kuota Pas-S bagi firma binaan, proses dan limbungan marin telah diturunkan kepada 18 peratus pada 1 Januari tahun ini, akan akan diturunkan kepada 15 peratus dari 1 Januari 2023 seperti diumumkan dalam Belanjawan tahun lalu.

Pemerintah akan menyemak rangka kerja Pas-S, termasuk gaji kelayakan dan levi agar pekerja asing dan setempat saling lengkap-melengkapi.


Program Pindahan Keupayaan dilanjut hingga Sep 2024

PROGRAM Pindahan Keupayaan (CTP) yang menyokong pemindahan kemahiran dari bakat asing kepada pekerja setempat, akan dilanjutkan sehingga akhir September 2024, dari jadual awal tahun ini.

Sehingga akhir 2020, lebih 140 syarikat dan lebih 970 pekerja setempat telah dapat atau dijangka memanfaatkan dari 40 projek tersebut.

Salah seorang pekerja tempatan yang memanfaatkan CTP ialah Encik Mohamad Zaini Selamat, seorang pegawai teknikal dari SP Services yang mempelajari kemahiran dari pakar luar negara dalam bidang sokongan rangkaian bagi pelaksanaan alat meter elektrik lanjut.

Beliau kini menjalankan kerja nilai tinggi seperti analisis data dan menyelia rakan sekerja lebih muda.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3