Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Cuba-cuba niaga dari rumah di bulan puasa

Teknisyen cuba aiskrim perisa onde-onde, raspberi

Lebih 20 peniaga dari rumah dan produk mereka telah ditampilkan dalam satu acara jualan sempena Ramadan anjuran Our Tampines Hub tahun ini. Antara mereka adalah dua peniaga yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan dari rumah selepas sektor tugasan mereka terjejas oleh pandemik Covid-19. BERITA HARIAN melaporkan.
Apr 30, 2021 | 05:30 AM



APABILA industri penerbangan ditimpa pandemik Covid-19 dan menjejas tugasnya sebagai pegawai sokongan krew penerbangan, Encik Shiril Ashidiq Mohamed Noor sedar perlunya mencari sumber pendapatan lain.



Berbekalkan galakan keluarga, Encik Shiril, 27 tahun, meneroka perniagaan dari rumah (HBB) pada Februari lalu.



Di bawah jenama Rylna Desserts, beliau menjual aiskrim yang dihasilkannya kerana sedar bahawa ada jurang dalam pasaran aiskrim halal.



Beliau menjual produknya secara sambilan untuk menambah pendapatannya selepas mendapat pekerjaan baru sebagai teknisyen operasi pada Oktober tahun lalu.



Semasa dihubungi, Encik Shiril berkata minat berniaga pernah tertanam dalam dirinya satu masa dahulu apabila beliau menyertai acara Bazar Ramadan di Our Tampines Hub beberapa tahun lalu.



"Setelah menikmati kejayaan daripada acara itu, saya berharap untuk berniaga lagi selepas itu namun saya mendapati mencabar untuk mendapat tempat dalam pasaran dan sedar bahawa ia satu perniagaan musiman.



"Ini kemudian mendorong saya meneroka kerjaya dalam industri penerbangan, tetapi industri tersebut terjejas teruk oleh Covid-19 pada tahun lalu, sekali gus menjejas pekerjaan saya.



"Saya kemudian mencari sumber pendapatan alternatif dan memulakan perniagaan menjual aiskrim kerana pada masa itu, saya sedar bahawa tidak banyak pilihan aiskrim yang halal dan ada jurang dalam pasaran," jelasnya yang masih bujang.



Menghasilkan sesuatu produk yang baru seperti aiskrim, ternyata bukan mudah.



Ini terutamanya dalam mendalami pengetahuan teknikal berkaitan dengan aiskrim dan meluangkan masa untuk membuat eksperimen dengan perisa aiskrim dan memastikan mutu yang konsisten.



"Saya juga bergelut dengan isu penjenamaan dan bagaimana untuk mencapai pemasaran dan bungkusan yang sesuai.



"Memandangkan industri makanan dan minuman amat berdaya saing, ia agak mencabar untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap jenama ini.



"Jadi saya meneroka banyak wadah dalam talian dan sekarang berharap untuk menjalin kerjasama dengan HBB lain juga," terang Encik Shiril.



Ekoran persaingan dalam pasaran HBB yang sengit, Encik Shiril sedar perlunya strategi yang tersusun agar produknya lebih menonjol.



Menurut beliau, apa yang penting dalam menjual produk seperti aiskrim, ialah untuk mengetengahkan perisa yang unik hingga menimbulkan rasa ingin mencuba dalam diri pelanggan.



"Kami juga bermatlamat untuk menawarkan aiskrim yang kurang manis dengan pelbagai perisa bagi memenuhi pelbagai cita rasa," tambahnya.



Buat masa ini beliau menjual perisa seperti onde-onde dan raspberi.



Walau dunia perniagaan sesuatu yang agak baru untuk dirinya tetapi semangat Encik Shiril tidak pernah luntur.



Kata beliau, krisis Covid-19 telah meningkatkan daya ketahanannya.



"Saya percaya dalam masa sukar ini kita harus melihat kepada aspek yang lebih positif.



"Pemerintah telah menjalankan peranannya melengkapi kita dengan kemahiran untuk memperbaiki diri dan meluaskan peluang kerjaya.



"Apabila satu pintu tutup, satu lagi pintu akan terbuka, jadi terpulang kepada kita untuk memberanikan diri mengambil langkah seterusnya," ujar beliau.



Nasihatnya kepada mereka yang mengalami keadaan serupa ialah:



"Kita harus mengubah pemikiran yang selesa dengan sesuatu dan memastikan kita dilengkapi dengan pelbagai kemahiran pekerjaan agar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak dijangkakan seperti pandemik ini."




Memandangkan industri makanan dan minuman amat berdaya saing, ia agak mencabar untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap jenama ini.

Jadi saya meneroka banyak wadah dalam talian dan sekarang berharap untuk menjalin kerjasama dengan HBB lain juga.

- Encik Shiril Ashidiq Mohamed Noor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >