Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor kewangan SG rancang sedia 6,500 kerja terutama bidang teknologi

May 06, 2021 | 05:30 AM



SEKTOR kewangan Singapura merancang mewujudkan 6,500 pekerjaan tahun ini tetapi ketidaksepadanan antara permintaan dengan bekalan bagi pekerja teknologi bermakna industri itu perlu bergantung pada bakat teknologi asing bagi beberapa tahun mendatang, kata pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon.



MAS meramalkan antara 2,500 dengan 3,500 jawatan teknologi baru akan diwujudkan bagi sektor itu setiap tahun bagi tempoh waktu sederhana.



"Kita tidak mempunyai rakyat Singapura yang mencukupi bagi memohon untuk peranan teknologi itu. Masalahnya bukan pekerjaan tetapi kemahiran,'' kata Encik Menon kelmarin.



Banyak kemahiran teknologi diperlukan bagi pekerjaan yang tidak mempunyai bekalan yang tidak mencukupi.



Beliau berkata permintaan kukuh bagi peranan bukan teknologi adalah antara 6,500 pekerjaan baru yang ditambah dalam sektor itu tahun ini, dengan hampir 4,800 peluang pengambilan pekerja disediakan dalam fungsi seperti pengurusan hubungan, penjualan produk, pematuhan dan pengurusan risiko.



"Rakyat Singapura semakin peka mengenai keperluan mempunyai perancangan kewangan seperti memastikan risiko kesihatan dan penjimatan dan pelaburan bagi persaraan,'' katanya.



Sekitar 6,000 jawatan yang baru diwujudkan tahun ini adalah bagi pekerjaan tetap dan separuh daripada jawatan ini adalah dalam teknologi dan perbankan pengguna.



Encik Menon juga menarik perhatian bahawa 44 peratus daripada 6,500 jawatan dibuka bagi pekerja pertengahan kerjaya yang tidak mempunyai pengalaman.



Perangkaan ini diperolehi hasil tinjauan lewat tahun lalu oleh MAS dan Institut Perbankan dan Kewangan, dengan sekitar 800 institusi kewangan mengongsi jangkaan pengambilan pekerja dari Januari hingga Disember tahun depan.



Walaupun pekerja teknologi dalam sektor kewangan telah meningkat sebanyak 30 peratus sejak 2014 atau mencapai 25,000, rakyat Singapura meliputi hanya satu pertiga daripada jumlah itu.



Jumlah rakyat Singapura yang mengambil pekerjaan itu juga tidak serata.



Rakyat Singapura merangkumi 70 peratus daripada jumlah pertumbuhan pekerjaan bagi jurutera keselamatan siber dan pereka UX/UI, dan separuh lagi bagi pekerjaan saintis data dan penganalisis data.



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) meramalkan 19,000 pekerjaan teknologi dalam ekonomi tidak terisi setiap tahun. Malah, lulusan teknologi tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan ini.



Enam universiti berautonomi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi hanya mengeluarkan 2,800 lulusan tahun lalu, manakala politeknik dan Institusi Pendidikan Teknikal (ITE) menyumbang lagi 4,500 setahun.



Walaupun pekerjaan teknologi ini boleh diisi oleh lulusan kejuruteraan dan sains, kebanyakan mereka beralih kepada pekerjaan bukan teknologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >