Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Selami Pasir Ris melalui irama tradisional

Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa persembahan boleh diadakan secara langsung dengan 250 orang penonton dalam satu-satu zon seramai 50 orang bermula 28 Disember 2020 di bawah kelonggaran fasa ketiga. Beberapa acara seni setempat telah diadakan di beberapa kawasan, termasuk kawasan kejiranan Pasir Ris dan juga hab seni di Esplanade. BERITA HARIAN (BH) meninjau dua acara menarik yang akan berlangsung hujung minggu ini.
Mar 31, 2021 | 05:30 AM



SUATU ketika dahulu, estet perumahan Pasir Ris mempunyai banyak kampung seperti Kampung Bahru, Kampung Pasir Ris dan Kampung Guan Choon.



Kampung Guan Choon yang menjadi tempat kelahiran Encik Abdul Razak Mohsin atau mesra dengan panggilan Wak Ajak, meninggalkan banyak nostalgia, termasuk keadaan apabila orang kampung beratur di 'perigi pam gamen' bukan sahaja untuk ambil air, bahkan untuk mandi!



Perkongsian Wak Ajak tentang kehidupan di kampung itu merupakan sebahagian daripada sebuah rakaman seni, yang turut menyertakan persembahan sebuah lagu Melayu baru berjudul 'Pasir Ris'.



Kumpulan muzik Gendang Akustika telah menghasilkan lagu itu sempena acara Seni di Kejiranan Anda (AYN) yang berakhir minggu lepas, anjuran Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



Menurut salah seorang pengasas kumpulan itu, Cik Syafiqah 'Adha, 31 tahun, mereka telah menganjurkan bengkel menulis muzik dan lirik di Sekolah Rendah Pasir Ris dan Sekolah Rendah Whitesands bagi menghasilkan lirik dan gubahan lagu.



Para pelajar membantu dan menyumbang idea seperti tempat kegemaran mereka, kenangan yang mereka tidak dapat lupakan di kawasan itu dan banyak lagi.



"Lagu Pasir Ris ialah lagu gubahan asli kami dan setelah mendapat ilham untuk lirik lagu itu, kami mengikut rentak inang untuk lagu tersebut," ujar Cik Syafiqah yang juga pengarah artistik, penggubah lagu Pasir Ris dan pemain akordian Gendang Akustika.



Beliau mengambil sekitar dua bulan untuk menyiapkan lagu itu sepenuhnya.



"Kami mahu mewujudkan banyak lagu yang menampilkan kawasan Singapura. Seperti di Malaysia, ada banyak lagu berkaitan tempat-tempat di sana.



"Jadi untuk Singapura, jika ada lebih lagu-lagu sedemikian, ia menjadi harta dan khazanah Singapura. Itu juga adalah salah satu misi kami," jelasnya.



Cik Syafiqah berkata tidak sukar untuk menggubah sesuatu lagu mengikut rentak Melayu, tetapi ia memerlukan kreativiti.



Kumpulan Gendang Akustika ialah sebuah kumpulan muzik Singapura yang bercita-cita mempromosikan dan melestarikan muzik dan budaya Melayu.



Ditubuhkan pada 2008 dengan tumpuan diberikan kepada alat genderang, Gendang Akustika mempunyai misi untuk menghidupkan muzik tradisional Melayu dengan susunan muzik dan gaya persembahan yang menyegarkan.



Kumpulan tersebut terdiri daripada 22 ahli muzik dan vokalis berbakat berusia semuda 16 tahun hingga 50 tahun. Gendang Akustika telah mempersembahkan lagu Pasir Ris Sabtu lepas dalam rancangan Dendang Warisan, salah satu acara AYN.



Rakaman Dendang Warisan itu disiarkan secara langsung selama 40 minit dan ia menampilkan lagu-lagu malar segar seperti Apa Khabar Orang Kampung, Pasir Roboh dan gabungan lagu Dayung Sampan serta versi Mandarinnya Tian Mi Mi.



Perkongsian Wak Ajak yang menetap di di kampung di kawasan Pasir Ris cukup menarik terutama kisah bagaimana beliau terpaksa mengangkat baldi berisi air yang ditimba dari perigi dan kisah beliau sering terpijak tahi ayam!



Untuk menonton video Gendang Akustika dengan persembahan lagu 'Pasir Ris' dan lagu-lagu tradisional Melayu, sila ke halaman Facebook NAC ataupun Gendang Akustika.



"Saya harap muzik Melayu akan berkembang dan kami sentiasa mengalu-alukan remaja penyertaan remaja yang berminat untuk mempelajari muzik tradisional Melayu," kata Cik Syafiqah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >