Peredaran dunia televisyen berubah pesat dari detik awal kaca televisyen hitam putih mula menyiarkan kandungan tempatan hasil usaha anak watan Singapura. Tanpa rasa lelah, dua ikon siaran televisyen Melayu turut berkembang mengikut rentak sezaman. BERITA HARIAN melaporkan usaha mereka mewarnai terus dunia televisyen era baru.
ANAK muda yang mengamati kerja seni ikon televisyen Singapura, Najip Ali, sepanjang 35 tahun, kagum dengan idea kreatif, unik dan gila-gila yang beliau sajikan.