SEHINGGA kini, masih terdapat seruan daripada pemimpin negara dan akar umbi agar semangat kampung diserlahkan dalam kejiranan estet perumahan moden Singapura. Mengapa?
Menurut pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ariff, semangat kampung mengutamakan ikatan jiran yang saling mengambil berat dan bergotong-royong. Ia memanglah suatu citra atau nilai luhur yang perlu diteruskan secanggih manapun suasana Singapura.