Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Semangat sang guru

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



Guru

sentiasa membakar diri

tanpa ada yang sekeliling memahami

di balik kelir menutupi pandangan mata kasar yang

tiada mengerti

walaupun dia di dalam sepi tiada dia menyepi

dia tetap bersedia memacu harapan anak-anak masa depan

memberi dengan sukarela tanpa batasan sempadan

keterhadan

tiada diminta-minta akan balasan mahupun

sanjungan

tanpa meminta limpahan hadiah duniawi

melimpah-ruah

membina reputasi

hanya sepotong doa sebagai penyuntik semangat

mengharungi kancah berduri lebuhraya

kehidupan anak bangsa

yang perlu dilentur menjadi manusia punya pegangan



penuh kendala hidup seorang guru

dengan peta perjalanannya

sudah tercorek-moret garis-garis yang tidak menentu

dan banyak tercucuk onak duri laku

walaupun penggal baru bermula

namun itu bukan alasan buatnya

untuk mungkir janji kepada ikrar yang sudah

dimenterai

kerana jarum kompasnya biarpun tergantung

tetap kukuh utuh mengarah kiblat ketabahan.



YAZID HUSSEIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >