Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEDAI KOPI TENDERFRESH

Sembilan gerai sedia beraneka juadah di Haig Road

Jul 30, 2021 | 05:30 AM



SEKIRANYA anda berada di kawasan Haig Road dan ingin mencuba tempat makan baru, apa kata anda kunjungi Kedai Kopi yang menawarkan sembilan gerai makanan.



Kedai Kopi di Haig Road ini, terletak di sebelah Darul Arqam Singapura kendalian syarikat makanan dan minuman, Tenderfresh Group, merupakan cawangan keduanya.



Cawangan pertama Kedai Kopi berada di kawasan Clementi.



Tenderfresh Group telah bekerjasama dengan pengendali kedai kopi tradisional, Kimly Coffeeshop, untuk membina cawangan Kedai Kopi kedua dalam tempoh kurang enam bulan, menurut Ketua Pegawai Operasi, Encik Kelvin Chua.



Selain menawarkan juadah kegemaran seperti ayam goreng Tenderbest dan Volcano Ayam Popular oleh Mee Bagus, gerai-gerai lain turut menyediakan aneka makanan lazat.



Jenama nasi lemak popular, CRAVE, kini membuka gerai baru yang dinamakan CRAVE Nasi Lemak Padang, di mana anda boleh menikmati juadah nasi lemak dengan aneka jenis hidangan sampingan beserta sambal ikonik mereka.



Gerai MaLa MaMa oleh Pince & Pints menawarkan bahan-bahan segar yang digoreng atau dicelur yang anda boleh makan bersama sos mala atau sos telur asin.



Gerai Rasa Sedap Seafood, diurus oleh Cef Kelvin Yip, yang berpengalaman dalam hidangan tze char, akan menggembirakan pelanggan dengan hidangan makanan utamanya seperti Ketam Tiga Rasa (Signature 3 Flavour Crab), Ketam Telur Asin Berkrim (Creamy Salted Egg Crab) dan Ikan Siakap Tiga Rasa (3 Flavour Seabass).



Nikmati pula pisang goreng, keropok lekor dan epok-epok panas dari gerai Nenda's Fritters, kendalian Cik Munah dan keluarga yang telah menjual kuih kegemaran ramai ini di pasar malam lebih 20 tahun.



Jika anda menggemari hidangan Barat, cuba gerai Pasta Pizza, konsep baru yang dibina oleh Tenderfresh Group, yang mengembangkan menu pasta mereka dan kini turut menawarkan piza dan nasi baked rice.



Peminat kedai Hawkerman yang dahulu berada di gedung Singpost Centre pula boleh menikmati juadah mi Hokkien dengan juadah baru seperti Telur Dadar Tiram Garing (Crispy Oyster Omelette).



Lengkapi hidangan makanan pilihan anda dengan minuman istimewa dari gerai minuman, Toko Ngopi, yang menjual minuman Bandung Grenade (mempunyai minuman Yakult) dan gerai itu telah memperkenalkan minuman baru, Ribena Bandung.



Kedai Kopi di Haig Road yang hanya sekitar lapan minit jika berjalan kaki dari stesen MRT Paya Lebar, telah dibuka sejak 1 Julai lalu, dari 7 pagi hingga 11 malam.



Ia boleh memuatkan sehingga 168 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >