Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Semuanya demi kemakmuran

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

Semuanya demi kemakmuran

Soal jawab tentang beberapa perkara istimewa semasa perayaan Tahun Baru Cina
Feb 12, 2021 | 05:30 AM

Mengapa tart nanas menjadi snek kegemaran sewaktu Tahun Baru Cina, dan apakah simbol di sebalik menghadiahkan buah limau Mandarin? Dalam pada itu, kenapa orang Cina melakukan 'lohei' dan makan 'yusheng'? BERITA HARIAN mendapatkan jawapan persoalan itu daripada Encik Shaun Choh, Penolong Kurator, Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC).


Mengapa orang di Singapura dan Malaysia makan tart nanas sewaktu Tahun Baru Cina?

Tart nanas bermentega merupakan kegemaran sewaktu Tahun Baru Cina di Singapura dan Malaysia kerana buah nanas dikenali sebagai ong lai dalam bahasa Hokkien, yang juga membawa maksud 'kemakmuran tiba'!

Snek ini berasal dari rumah-rumah Peranakan yang menggunakan teknik membuat kuih cara Barat sementara menambahkan jem nanas stail Nyonya yang diharumkan dengan rempah seperti bunga lawang dan kulit kayu manis, yang asli di rantau ini.

Sedang Singapura menjadi lebih mewah pada 1970-an dan kedai mula menjual lebih banyak jenis manisan tahun baru, tart nanas menjadi popular sebagai snek Tahun Baru Cina.

Apakah makna di sebalik memberikan limau Mandarin?

Menghadiahkan buah limau merupakan tradisi orang Cina Selatan, yang timbul daripada sebutan Kantonis bagi perkataan limau iaitu gam.

Sebutan ini berbunyi seperti emas dalam bahasa Kantonis.

Justeru, sewaktu kunjung-mengunjung pada Tahun Baru Cina, orang ramai akan membawa limau Mandarin untuk menghantar 'emas' kepada rumah-rumah mereka.

Untuk membalas balik, tetamu juga akan menerima dua biji limau daripada tuan rumah apabila mereka meninggalkan rumah tersebut.

Siapa yang sepatutnya menerima 'ang bao' dan apakah yang dilambangkannya?

Pasangan yang sudah berkahwin akan menyiapkan paket merah, simbol nasib yang baik dan keberkatan bagi kanak-kanak dan orang tua.

Tradisi itu dipercayai berasal daripada amalan memberikan ya sui qian untuk menjauhkan roh jahat dan melindungi penerima daripada penyakit dan juga kematian.

Oleh sebab memberi paket merah merupakan tanda muhibah dan keberkatan bagi tahun baru, ia juga perkara biasa pada hari ini bagi warga dewasa yang sudah bekerja memberi paket merah kepada ibu bapa dan orang tua mereka sebagai tanda penghargaan atas segala yang mereka telah lakukan.

Mengapa orang Cina makan 'yusheng' sewaktu Tahun Baru Cina?

Ini sesuatu yang mesti dimakan bagi warga Singapura sewaktu Tahun Baru Cina, kerana bahan-bahan yang terkandung dalam hidangan ini mempunyai makna yang istimewa.

Perbuatan lohei mengumpulkan semua orang bersama yang menginginkan kemakmuran bagi tahun akan datang.

Bahan-bahannya terdiri daripada ikan mentah yang dihiris tipis, buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kombinasi pelbagai perasa.

Sebelum makan, mereka perlu menambah bahan-bahan itu satu per satu sementara melaungkan ucapan kemakmuran dengan kuat.

Ini diikuti lambungan bahan-bahan secara dramatik, sedang mereka bersorak untuk tahun baru yang baik dan makmur.

Hidangan ini juga dikenali sebagai lohei, yang bermakna melambungkan nasib yang baik dan mencapai tahap baru dalam dialek Kantonis.


Menghadiahkan buah limau merupakan tradisi orang Cina Selatan, yang timbul daripada sebutan Kantonis bagi perkataan limau iaitu gam.
Sebutan ini berbunyi seperti emas dalam bahasa Kantonis.
Justeru, sewaktu kunjung-mengunjung pada Tahun Baru Cina, orang ramai akan membawa limau Mandarin untuk menghantar 'emas' kepada rumah-rumah mereka.

- Encik Shaun Choh, Penolong Kurator, Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC).


  • Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tradisi Tahun Baru Cina serta makna di sebaliknya, kunjungi pameran tetap SINGAPO(ren): Discovering Chinese Singaporean Culture di Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC) atau tonton video dalam talian Kaki Says: Chinese New Year di laman Facebook SCCC.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3