Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sertai sesi 'art jamming' di tengah bandar

Nov 20, 2021 | 05:30 AM



LUAHKAN daya kreativiti anda di Cafe de Paris (Singapura) pada musim cuti sekolah ini.



Terletak di pusat beli-belah 313@Somerset di Orchard Road, Cafe de Paris menyediakan sesi art jamming atau kegiatan melukis.



Sepanjang sesi serba santai selama tiga jam itu, anda dapat menghasilkan karya kreatif anda sendiri.



Peralatan seperti kanvas hitam, berus cat, cat akrilik berbagai warna, alat tulis, pisau palet, span dan apron disediakan.



Dan jika anda tiada idea untuk melukis, kafe itu juga menyediakan gambar-gambar lukisan sebagai rujukan.



Pakej sesi art jamming buat masa ini berharga $28 seorang dan $50 bagi dua orang selama tiga jam dan termasuk minuman percuma.



Peserta juga dapat membawa pulang hasil karya lukisan mereka.



Kafe itu juga menawarkan aktiviti kesejahteraan mental dalam kumpulan seperti bengkel melukis secara maya sebagai kegiatan korporat bagi mengeratkan semangat sepasukan antara kakitangan dalam syarikat.



Cafe de Paris merupakan sebuah francais kafe berasal dari Korea Selatan.



Ditubuhkan pada 2009, ia adalah kafe yang menyajikan menu kopi, teh dan manisan.



Cawangan kafe di Singapura itu adalah satu-satunya yang menawarkan sesi art jamming.



Kafe itu juga dikenali dengan manisan istimewa dari Korea Selatan yang dipanggil Bonbons.



Ia adalah manisan yang diilhamkan oleh Eiffel Tower di Paris, Perancis, mengandungi sorbet dengan krim Korea rendah lemak dan bukan daripada bahan tenusu iaitu diperbuat daripada lemak sayuran atau kelapa sawit, dan dihiasi dengan buah-buahan segar.



Lungsuri laman web www.cafedeparissg.com untuk maklumat lanjut, atau ikuti media sosial mereka, @cafedeparis_singapore di Instagram dan @cafedeparissg di Facebook.




CAFE DE PARIS



LOKASI:



313@Somerset

313 Orchard Road, #B1-37,

Singapura 238895



WAKTU OPERASI:



Ahad hingga Khamis,

11 pagi hingga 10 malam;

Jumaat dan Sabtu,

11 pagi hingga 11 malam



Lungsuri laman web www.cafedeparissg.com atau hubungi 9357-6108 untuk pertanyaan mengenai kegiatan melukis atau 8120-0889 untuk pertanyaan lain




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >