Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Setitik Embun Seberkas Budi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Setitik Embun Seberkas Budi

Dec 21, 2015 | 05:30 AM

Jika engkau setitik embun
dalam bentuk kelompok pagi
peredaran masa riwayat hidupmu tidak lama
mula terkumpul mesra titisan harapan dari dinihari
sehingga sepenggalah tingginya matahari hilangmu
namun
dalam kesingkatan waktu hayat
bakti sumbanganmu tiada berperi
memberi makna pada harapan
menjadi penyeri alam terbentang
agar kehidupan kami berpanjangan
melebihi seribu malam.
Jika engkau setitik embun
seberkas budi sudah engkau sumbangkan.

YAZID HUSSEIN

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3