Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

SELEBRITI NUSANTARA

Anggun pesona walau usia hampir, lepasi 50

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



Kecantikan seseorang itu terletak pada takrifan peribadi sesiapa yang memandang. Ia tidak tertakluk pada usia yang hampir mencecah setengah abad atau melepasinya sebagaimana yang terlihat pada beberapa selebriti merata dunia. Ramai di dalam dunia hiburan Nusantara, Hollywood atau Bollywood yang masih mampu tampil jelita dan laris sebagai duta produk kecantikan, kesihatan dan kecergasan. BERITA HARIAN melaporkan.



DI ambang usianya bakal mencecah 50 tahun dalam masa dua tahun lagi, pelakon dan pengacara jelita Rozita Che Wan (Che Ta) sering diajukan soalan tidakkah beliau takut mencapai usia setengah abad itu?



Che Ta, yang nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, 48 tahun, menyatakan tiada yang perlu ditakutkan kerana semua orang akan melalui fasa tersebut.



Malah, bak kata orang, rezeki yang Tuhan beri tidak mengenal usia.



Sebagaimana yang dikongsinya kepada laman Kosmo!, pada usia matangnya kini, masih ada pihak di Malaysia yang sudi melantiknya sebagai duta produk penjagaan kulit wajah.



Che Ta awalnya terkejut kerana diberi kepercayaan menggalas tugas besar itu di sebalik usianya yang bakal menginjak 50 tahun tidak lama lagi.



Kali terakhir beliau bergelar duta produk penjagaan wajah adalah sekitar lapan tahun lalu sebagai Duta Safi Rania.



PRODUK SESUAI DENGAN PENGGUNA SEUSIA



"Awalnya pelik juga kenapa saya terpilih dan tertanya masih relevankah wanita yang hampir mencecah usia 50 tahun untuk bergelar jurucakap atau model produk penjagaan kulit wajah.



"Tetapi selepas diterangkan tentang jenis produk, barulah saya tahu bahawa saya akan menjadi duta bagi jenama yang menjual barangan penjagaan wajah untuk wanita berumur 30 tahun ke atas, barulah ada logiknya di situ," ujarnya.



Menurutnya lagi, meskipun industri hiburan di Malaysia dibanjiri ramai selebriti muda dan cantik, tiada yang perlu dikhuatiri sebab mereka bukanlah pesaing.



"Saya rasa tidak perlu bersaing kerana setiap individu mempunyai kriteria berbeza.



"Mungkin ada sesetengah produk bersesuaian dengan karakter dan imej saya.



CHE TA 'KAKI MELARAM'



"Sebagai contoh, saya jadi jurucakap jenama barang kemas, jadi sebut sahaja Che Ta, orang akan ingat perhiasan mewah tersebut.



"Malah, barang kemas memang sinonim dengan saya yang suka melaram.



"Sama juga dengan produk kecantikan, saya seorang yang selalu ingin tampil cantik, jadi memang sesuailah jenama ini dengan imej dan gaya hidup seorang Che Ta," katanya di majlis perkenalan dirinya sebagai duta produk kecantikan Mylea, baru-baru ini.



Anak kelahiran Alor Setar, Kedah, itu memastikan produk yang dipromosikan itu menggunakan bahan selamat dan tidak memudaratkan.



AIR JARANG PENTING



Isteri pelakon Zain Saidin, 36 tahun, itu menjelaskan beliau tidak mengamalkan sebarang petua bagi tampil awet muda.



"Orang yang rapat dengan saya pasti tahu saya seorang yang sangat suka minuman manis. Misalnya, setiap pagi selepas bangun tidur saya akan cari Nescafe Ais 'kaw' dan biasanya memang saya akan ambil minuman manis sahaja.



"Tiada rutin gaya hidup atau penjagaan pemakanan sihat apatah lagi nak minum air putih, tak lalu nak telan. Tawar, tak rasa apa-apa," ujarnya.



Sungguhpun begitu, baru-baru ini, beliau tersedar perlunya amalkan minum air jarang selepas Zain dimasukkan ke hospital kerana batu karang tahun lalu.



"Detik itu saya sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan kerana suami saya yang sihat pun ada penyakit," katanya lagi.



WIDYAWATI MASIH LAKU DAN HEBAT



Di Indonesia pula, pelakon anggun dan jelita, Widyawati, membuktikan usia hanya angka sahaja. Pada usia 70 tahun kini, beliau masih aktif berlakon watak mencabar dan menerima lamaran sebagai duta produk.



Akhbar The Jakarta Post melaporkan beliau memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Pesta Filem Asia Pasifik di Macau bagi filem Farid Dermawan, Ambu.



Beliau adalah pelakon Indonesia tertua yang pernah diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan anugerah seperti ini.



"Saya bersyukur. Anugerah ini adalah penghargaan buat pelakon wanita segenerasi dengan saya," katanya.



Dalam filem Ambu, beliau adalah ibu daripada puak Baduy di Banten yang masih mengekalkan budaya tradisional yang menolak segala pengaruh moden dunia luar.



Sebelum ini, Widyawati, yang menganggap dirinya kian diberi peranan lebih berani seperti mahasiswa usia senja yang mampu panjat pagar dalam filem Mahasiswi Baru, pernah menjadi duta produk Natur-E.



Kata balu pelakon dan pengarah, Allahyarham Sophan Sophiaan itu:



"Kalau ingin wajah cantik pada usia emas ini, pastikan secara fizikal, tubuh luaran dan dalaman diri anda sihat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >